Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Monday, June 29, 2009


TINTA PRESIDEN KPU MENJAWAB PERSOALAN HERBA

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?


Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data2 yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan system pembuangan (excretory system) sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay

Dalam system pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzyme2 pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya diusus kecil dan sedikit diusus besar. Air, asid dan enzyme bertindak melarutkan bahan2 untuk membolehkan ianya diserap. Bahan2 yang tidak larut semuanya akan masuk keusus besar, melalui beberapa proses lalu ada yg diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil kedalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu diserap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk Kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu system urinary. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah diantara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapis nya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul disini sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke system buah pinggang walhal kedalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk.Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan2 negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)
>Herbalis


Sumber http://pjskpu2.blogspot.com
HPA telah menyertai expo beli barangan Malaysia di Pusat Dataran dan Pameran Sibu, Sarawak pada 26-28 Jun 2009 diwakili oleh Pengurus Stokis Daerah Sibu Pengarah Jati Cikgu Ishammudin bin Abdul Hadi dengan dibantu oleh Herbalis Pengarah Jati Puan Saraiah bt Ayup. Sambutan dari pengunjung amat mengalakkan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kaedah mengesan penyakit melalui tapak tangan yang dilakukan oleh Herbalis Pengarah Jati Puan Saraiah bt Ayup.

Kelihatan (dalam gambar) PJ Puan Saraiah bt Ayup sedang melayan pengunjung gerai HPA.



Sumber..... PJ Ishammudin, Sibu,Sarawak

PERINGATAN DARI PENGURUS BESAR AL-WAHIDA MARKETING MALAYSIA & INDONESIA

PERHATIAN KEPADA DISTRIBUTOR INDONESIA DAN JUGA MALAYSIA(ISU MONEY GAME)


Alhamdulillah kini HPA udah mulai mempercukupkan stok Kopi Radix dan juga perlatihan khusus di Indonesia. Kita amat berharap agar PJS, Agen Stok, Trainer dan Panitia Program mengambil ini sebagai suatu peluang untuk membesarkan dan memperkuat jaringan seterusnya mencapai impian sebagai seorang yang berjaya. Kita harus ingat bahawa HPA membawa misi dan vissi yang cukup besar dan amat berbeza sama sekali dengan perusahaan MLM yang lain. Kita perlu memiliki daya juang jihad produk halal yang di pasarkan oleh MLM berasaskan syariah.

Warga HPA sudah semestinya bukan sahaja maukan uang tetapi keberkatan. Warga HPA menentang bentuk bisnis yang tidak nyata dan yang saya maksudkan adalah
MONEY GAME kerana ia amat bertentangan dengan syariyah dan juga hukum negara. Ulamak sepakat memfatwakan HARAM dalam hal ini kerana adalah suatu bentuk bisniss yang berunsurkan putaran uang dan produk itu hanya sebagai aksesori.Ia merupakan suatu bentuk bisniss yang sebenarnya menjadikan uang itu sebagai komoditi dan menjadikan biaya pendaftaran sebagai sumber bonus. MONEY GAME juga di larang oleh pemerintah seluruh dunia. Ekonomi US runtuh sebenarnya kerana aktiviti MONEY GAME yang menyaksikan perusahaan MARDOFF jatuh bangkrup.

Panel Syariyah MLM HPA di Malaysia sendiri telah sepakat bahawa sekiranya didapati ada distributor yang terlibat secara langsung atau tidak, maka distributor tersebut boleh di pecat dari member HPA.
GM mengingatkan kepada distributor HPA Indonesia agar mematuhi peraturan ini dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kita mendapati distributor HPA melakukan MONEY GAME walaupun kononnya telah mendapat keizinan dari ulamak. Wasallam..
Sumber dari... http://gmalwahida.blogspot.com

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini