Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Friday, August 27, 2010

Kuih Raya dari HPA


Kuih Raya 1431 H

MK 35 Alahai Cookies
64 Biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2

MK 43 Almond London
48 Biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2
MK 41 Bijan Idaman
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 37 Black Forest Cookies
64 Biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MR33 Black Pistachio
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MR31 Blueberry tart
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 42 Butterfly Delight
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 34 Cocoa Love
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 45 Cornflakes Madu
45 biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2


MK 32 Melatops Crisry
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2

MK 36 Nest Ball
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2

MR 38 Second Link Cookies
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2

MK 46 Samperit
50 biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2

MK 39 Sweet Square Cookies
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2


Wednesday, August 25, 2010

SIJIL HERBALIS 19


SIJIL HERBALIS KE-19
11 – 31 DISEMBER 2010, SUNGAI PETANI, KEDAH

YURAN PENDAFTARAN : RM3000.00
Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam) No. Akaun : 090 100 100 02734 Nama : Ismail Bin Ahmad

Pendaftaran & Maklumat Boleh Hubungi:
Norasyikin : 019-6330727 / Azira : 019-4548727 / Zaki : 013-3005419

TERHAD KEPADA 50 ORANG YANG AWAL MEMBAYAR SAHAJA

DOWNLOAD BORANG (( Klik Sini ))

Thursday, August 19, 2010


Bihun HPA (Mee Halus-Sarawak) yang halal buatan MUSLIM

Pastikan hanya Bihun HPA yang berada di rumah kita


5 lagi hotel menerima sijil halal JAIS


Menurut laporan dari Berita Harian, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengeluarkan lima lagi Sijil Halal kepada hotel di Selangor sebagai panduan buat umat Islam khususnya untuk berbuka puasa.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman, berkata lima hotel itu ialah Hotel Concorde Shah Alam, Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Hotel Carlton Holiday Shah Alam, Hotel Grand Dorsett Subang Jaya dan Hotel Crystal Crown Klang.

Beliau berkata, sehingga hari ini 22 hotel di Selangor sudah mendapat sijil halal JAIS.

"Kami harap umat Islam lebih peka memilih hotel yang mempunyai sijil halal supaya tidak tertipu dengan pakej buffet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel yang tidak mempunyai sijil halal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nurhamizah berkata JAIS amat berharap agar hotel yang masih belum mendapatkan sijil halal agar berbuat demikian demi kepentingan semua pihak.

Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MESYUARAT AJK KPSAR

Sempena mengambil Keberkatan dan Rahmat bulan Ramadan Al-Mubaraq 1431H, AJK Tertinggi KPSAR dengan rasa sukacita menjemput tuan dan puan ke Majlis Berbuka Puasa dan Mesyuarat AJK pada tarikh, waktu dan tempat seperti berikut:

1. Aturcara program

05:30 – 06:15 ptg

06:15 – 06:40 ptg
: Kehadiran Ajk KPSAR

: Tazkirah Ramadhan oleh Ybg. Ust. Abdullah Latif Bin Kordi


: Majlis Berbuka Puasa


: Solat Maghrib Berjemaah.


: Solat Isya dan Terawih Berjemaah.

: Mesyuarat AJK

2. Agenda mesyuarat AJK KPSAR

1. Ucapan aluan oleh Presiden KPSAR

2. Mengesahkan perlantikan ahli jawatankuasa KPSAR 2010-2012
3 Menerima cadangan/usul daripada AJK untuk sesi
2010-2012


3. Senarai Nama AJK KPSAR

01. En. Hashim Bin Jaya
02. PJS Ust Saifurain Bin Hj. Abdullah
03. PJ Cikgu Rokiah Bt Bohari
04. En. Mohd Najib Hj Buang
05. PJ Hj Sabas@Abbas Bin Samad
06. En. Jalani Bin Jaya
07. En. Syed Hasyim Wan Ala
08. PJ Siti Safura Bt Mohammed
09. PJE Abd Ghani Bin Yusuf
10. PJ Saraiah Bt Ayup
11. Utazah Latifah Bt Talib
12. Awg Mohd Amir Bin Awg Abol
13. Ustazah Hamidah Bt A Razak
14. Pn. Ropinah Bt Suteh
15. Pn. Dahlia Bt Uthman
16. En. Abdul Ghani Bin Yusuf
17. PJ Siti Zaleha Bt Majidi
18. Pn. Ponnisam Bt Poniman
19. En. Zainal Abidin Bin Ahmad Zaini
20. En. Abdul Hamid Bin Salleh
21. En. Laman Bin Yasim
22. En. Ismadi Bin Maharop
23. PJ Sidek Bin Hj Hadi
24. Pn. Zaharah @ Zahrah Bt Minan
25. Ust Abdullah Latif Bin Kordi
26. En Wan Mulana Bin Wan Malek
27. Pn. Emillia Bt Bachee
28. PJ Wan Sulaiman Bin Wan Elias
29. En. Abdul Rahman Bin Osman
30. En. Abdul Rahim Bin Abdul Rarim
31. En. Awg Kelana Bin Awg Hassan
32. Ust. Abdullah Abu Mat Suaud
33. Ustazah Rahimah Bt Abdul Rahim
34. En. Amirul Mutaqin Bin Roslan
35. Pn. Rosmah Bt Dari
36. Pn. Juliana Bt Salem
37. En. Abu Seman Bin Tengah
38. PJ. Wan Abd Rahman Wan Umar
39. Pn. Noraini Abg Murad
40. Pn. Rukayah Bt Tugiman
41. En. Zainol Bin Rashid
42. Pn. Noorlia Bt Hj. Kolek
43. En. Mohamad Umar Bin Junit


Kehadiran dan kerjasama dari tuan/puan untuk menjayakan majlis ini amatlah dihargai.


Hashim Jaya
Presiden KPSAR

Majlis berbuka puasa ini akan diadakan pada 21 OGOS 2010 (Sabtu) 11 Ramadhan 1431 H bertempat di Halalmart Kota Sentosa.Semoga majlis ini mendapat rahmat & keberkatan dari Allah swt.Amin

Ayam Organik HPA – DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Umat Islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Monday, August 16, 2010

Sijil Halal Akan Diwajib Untuk Produk Makanan, Kosmetik Dan Farmaseutikal

Semua pengusaha produk makanan, kosmetik dan farmaseutikal akan diwajibkan untuk mendapatkan sijil halal selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pindaan akta itu juga bagi memantap dan memperkemaskan peraturan industri halal negara.

"Kita tidak boleh menyalahkan pihak syarikat sahaja, mungkin ada kekangan yang lain, tetapi apabila akta itu dipinda nanti, ia membolehkan mereka berusaha untuk mendapatkan sijil halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) 1Malaysia di Masjid Putra di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa hotel bertaraf lima bintang yang tidak memohon pensijilan halal.

Bernama

2 kawasan ada bakteria leptospirosis

Dua lagi lokasi di Sibu disahkan sebagai tempat penyebaran bakteria leptospirosis selepas penduduk di kawasan berkenaan mengadu mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba selepas melawat tempat berkenaan.

Pejabat Kesihatan Sibu mengesahkan menemui bakteria berkenaan masing-masing di kolam berdekatan Kem Latihan Khidmat Negara Junaco Park dan juga di tasik berhampiran Taman Rekreasi, Jalan Permai.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, bagaimanapun meminta penduduk di kawasan berkenaan tidak panik selain mengikut semua arahan yang dikeluarkan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri menjelaskan, usaha mengawal dan memusnahkan bakteria di kawasan yang disyaki menjadi tempat penyebaran penyakit kencing tikus itu sedang dilakukan.

"Kita sentiasa memantau keadaan dan sekiranya ada sebarang jangkitan atau wabak, kita akan memaklumkan maklumat mengenainya kepada orang ramai dengan segera," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Sibu dalam kenyataannya kelmarin meminta orang ramai tidak mengunjungi kolam dan tasik berkenaan sehingga dimaklumkan bahawa mereka selamat untuk berbuat demikian.

Pegawai Kesihatan Sibu, Dr Muhamad Rais Abdullah ketika dihubungi memaklumkan, orang ramai dinasihati agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan berhampiran kolam di Kem Latihan Khidmat Negara Junaco Park serta tasik rekreasi di Jalan Permai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

"Pihak kami mengeluarkan surat amaran kepada pengendali Kem Khidmat Latihan Negara Junaco Park kira-kira seminggu lalu," katanya tanpa mengulas lanjut kandungan surat amaran itu.

Dr Muhamad berkata, pejabatnya akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya kedua-dua kawasan itu disahkan selamat untuk dikunjungi nanti tetapi tidak mengulas bagaimana bakteria itu berjaya dikesan di kawasan berkenaan.

Leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lepas apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Berita Harian

China nafi produk susu ada hormon


3 bayi didakwa alami pertumbuhan payu dara

Kementerian Kesihatan China berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kaitan antara susu formula dengan pertumbuhan payu dara tiga bayi selepas ia menjalankan siasatan dalam skandal terbaru keselamatan produk susu di negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kementerian berkenaan menjalankan siasatan selepas menerima aduan ibu bapa yang mendakwa bayi mereka mengalami pertumbuhan payu dara selepas diberi susu formula keluaran syarikat Synutra International Inc. Syarikat terbabit menolak dakwaan itu dan menyifatkannya tidak berasas.

“Penyelidik tidak menemui perkara luar biasa dalam kandungan hormon pada susu keluaran Synutra dan jenama lain selepas menguji sampel daripada 14 pengeluar,” kata Xinhua yang memetik kenyataan jurucakap kementerian, Deng Kaihua.

Deng berkata, kajian ke atas sampel susu keluaran Synutra, tidak menunjukkan ada hormon seks terlarang dan percaya pertumbuhan payu dara pada ketiga-tiga bayi itu tidak mempunyai kaitan dengan susu keluaran syarikat itu.

“Kementerian menguji 42 sampel susu Synutra termasuk yang diambil dari rumah keluarga berkenaan dan 31 sampel daripada pembekal tempatan dan luar negara,” katanya.

Pada 2008, China dikejutkan dengan insiden membabitkan 300,000 kanak-kanak yang jatuh sakit, manakala enam lagi meninggal dunia selepas diberi susu formula dicemari bahan kimia industri dikenali melamin. Bahan itu digunakan untuk mengelirukan ujian kandungan protin di dalam susu formula terbabit.

Skandal menyebabkan beberapa eksekutif syarikat pengeluar susu formula negara itu dihukum penjara dan menjejaskan industri pengeluaran susu di China.

Media tempatan berkata, bayi yang mengalami pertumbuhan payu dara didapati mempunyai paras hormon estradiol dan prolaktin yang tidak normal sehingga merangsang pengeluaran susu.

Berita Harian

Sunday, August 15, 2010

HPAic

Tunggu perasmian HPAic di Sek 13 Shah Alam pada 2hb Okt 2010. Bangunan bernilai rm60 juta adalah hasil usaha HPA, dari sebuah syt kecil dan mempu memiliki bangunan se GAH ini

Kiosk HPA @ Giant Sg Petani

Bandar HPA Sg Petani, 13hb Ogos 2010: Kiosk HPA @ Giant Sg Petani di buka untuk jualan kepada orang ramai. Dijangka dengan perbukaan kiosk ini produk HPA akan lebih dikenali orang umat Islam dan juga memudahkan ahli HPA sedia membuat belian produk.

'Boikot kurma Israel'

Organisasi Britain yang pro-Palestin, Friends of al-Aqsa melancarkan kempen menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang ditakluki Israel.

Pertubuhan itu menuduh ‘penempatan haram Yahudi menggaji kanak-kanak Palestin bekerja dalam keadaan menyedihkan’ ketika umat Islam menyambut Ramadan.

Organisasi anti-Israel kini melancarkan kempen memulaukan produk Israel dengan menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi terbabit.

Buah itu dianggap komponen penting dalam amalan berbuka puasa dan mereka yang memakan kurma meningkat dengan ketara di dunia Arab dan Islam bulan ini.

Gesaan memboikot buah kurma dihasilkan Israel itu sudah digesa organisasi pro-Palestin di Eropah dan menerima sokongan dalam media Arab dan Iran.

Friends of al-Aqsa di Britain mengeluarkan pengumuman menggesa umat Islam di Eropah tidak membeli kurma ditanam di Israel.

Menurut organisasi itu, kurma itu datangnya dari penempatan Yahudi di Lembah Jordan dan tidak wajar dimakan.

“Memakan kurma ini, anda membantu penempatan mencuri tanah penduduk Palestin,” menurut kenyataan agensi berita Iran, IRNA.

Kenyataan itu juga menolak dakwaan Israel bahawa memboikot kurmanya menjejaskan penduduk Palestin yang diambil penanam kurma.

“Penduduk Palestin diambil bekerja sebagai pertukaran gaji sedikit dan melakukan kerja yang enggan dilakukan penduduk Yahudi,” kata organisasi itu.

Friends of al-Aqsa mendakwa, penempatan kanak-kanak Palestin dalam keadaan daif dan sebab itulah kurma Israel lebih murah berbanding kurma Palestin.

Organisasi itu juga menuduh eksport kurma dari Lembah Jordan ke Kesatuan Eropah kira-kira 5,000 tan menjana pendapatan AS$64.5 juta (RM204.37 juta) setahun.

Berita Harian
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran, katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG

  • Berita Harian

    Friday, August 13, 2010

    R&D to increase income from sago, says Abang Johari

    Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg is optimistic that sago can be a significant export commodity for the state.
    DEVELOPING SAGO INDUSTRY: Johari (third left) with (from left) Dr Kopli, Dr Khairuddin and Dr Hatta after the launching ceremony.

    DEVELOPING SAGO INDUSTRY: Johari (third left) with (from left) Dr Kopli, Dr Khairuddin and Dr Hatta after the launching ceremony.

    “I believe that the income from export of sago can be increased through value added products, and in view of this the government welcomes inputs to assist in research and development (R&D) of the commodity,” he said yesterday.

    Speaking when launching Centre of Excellence for Research in Sago Palm (CoESAR) at Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) campus, here, Abang Johari noted that Sago had long been an important commodity to the state.

    He stressed that sago industry can be developed to the level of oil palm, through concerted efforts by the government, intellec-tuals and researchers.

    The minister was glad to note the commitment of Unimas, which had undertaken R&D on sago since 1993, adding that such effort by the university would complement the development of Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).

    According to him, the state was committed in developing a sustainable sago industry as can be seen with the large scale planting of the commodity in Mukah since ten years ago.

    He congratulated Unimas which had won accolades both at national and international levels.

    Meanwhile, Unimas vice chancellor Prof Dr Khairuddin Abd Hamid said the state exported around 60,000 to 70,000 tonnes of sago annually with income of US$10 million.

    He said developing sago industry was very important to help contribute towards the economy of the state.

    Present at the function were also CoESAR director Prof Dr Kopli Bujang and Unimas director of board of directors Datu Dr Hatta Solhi.

    Borneopost

    Halal certification among Muslim owners pathetic — Daud

    Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman has described the level of halal certification among Muslim eatery owners as ‘pathetic’.

    Datuk Daud Abdul Rahman

    Datuk Daud Abdul Rahman

    He said currently 75 per cent of the eateries certified as halal in the state are owned by non-Muslims.

    This, he said, showed that non-Muslims, especially from the Chinese and Indian communities, have capitalised on halal food certification as they are more business-oriented.

    “Muslim food operators make up only 25 per cent of those who have obtained halal certification. This is very pathetic,” Daud said when opening the Halal Seminar II yesterday.

    He said so far 144 applications have been received for halal certification from January till July, compared to 117 for the whole of last year.

    “This is very encouraging. We hope this seminar will create greater awareness among Muslim food operators to apply for halal certification in the coming fasting month.”

    Daud added that the business of those who obtained halal certification increased by between 20 and 25 per cent.

    “Their business gets better because they are not only being patronised by Muslims but non-Muslims as well, as the food is guaranteed to be hygienic and clean.”

    He said halal food certification is about the ‘A to Z’ process of preparing food according to Muslim requirements.

    “When we talk about Halal food, we are not only talking about food per se but it would include the process of preparing them; from those who handle them (including the slaughtering process), the ingredients in the content, the utensils used, and how they are prepared and served.

    “It involves the whole process of food preparation in accordance with Islamic teaching as well as the requirements that they must be prepared hygienically,” he said.

    As such, he said, it is vital for Muslim food operators to obtain halal certification.

    “I hoped that they will be serious to obtain them. Many take it for granted that since they are Muslims, they thought the food they prepare and serve will be automatically halal.

    “This is not the case. I am not saying that the food they prepare and serve is not halal but it would be better for them to obtain the halal food certification so that Muslim consumers will be rest assured that the food they consumed are halal food,” he said.

    Currently all hotels in Sarawak rated three stars or more have obtained halal certification.

    Daud, who is also Assistant Minister of Infrastructure Development and Communication, added that his ministry is ready to assist food operators and businessmen who wish to obtain halal food certification acquire grants from SME Corporation.

    “Because to obtain halal food certification would mean a bit of renovation in their premises; to

    ensure hygiene and cleanliness, it would mean they have to incur extra costs.

    “The grants mean it’s free, of course they are forms to be filled, and requirements need to be met.

    “But it’s not that difficult to get if they are really serious in obtaining the halal food certification,” he said.

    BorneoPost

    Thursday, August 12, 2010

    Jam besar diuji pada Ramadan

    RIYADH - Arab Saudi mula menguji jam terbesar di dunia yang terletak menghadap Kaabah di Masjidilharam, Mekah selama tiga bulan bermula Ramadan ini.

    Setakat ini, hanya satu daripada empat jam siap pada bahagian bangunan mencakar langit yang dijadualkan mencapai ketinggian 600 meter apabila siap sepenuhnya, sekali gus bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

    Menara itu juga mempunyai permukaan jam dengan diameter 40 meter yang lima kali lebih besar berbanding permukaan jam Big Ben di London, malah mengatasi diameter 36 meter pada permukaan jam di Cevahir Mall, Istanbul, Turki.

    Satu sahaja daripada empat jam yang siap setakat ini dan permukaan jam itu dihiasi 98 juga kepingan mozek kaca.

    Jam yang direka jurutera dari Jerman dan Switzerland ini boleh dilihat dari jarak lebih 25 kilometer.

    Sinar Harian

    Arab Saudi uji menara jam terbesar

    2010/08/12

    RIYADH: Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini.

    Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

    Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar.

    Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan.

    Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun.

    Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan.

    Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin.

    bharian

    Kimia buat colok

    Oleh Amir Abd Hamid
    2010/08/12

    Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Fatimah Abu Bakar, berkata pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang itu supaya produk mereka kelihatan menarik, lebih basah dan tahan lama. Katanya, pengusaha tidak bermoral itu sanggup bertindak sebegitu hanya semata-mata supaya warnanya seakan jingga merah jambu menarik perhatian pembeli. “Malah, dalam tempoh jangka panjang pengambilan tanpa sedar Rhodamine B sebenarnya akan menjadi agen penyebab barah serta boleh menyerang hati orang yang memakannya. “Rhodamine B dihasilkan daripada ‘dietillamonophenol’ dan ‘phatalic anchidria’ yang digunakan sebagai pewarna kertas, tekstil dan colok bagi masyarakat Cina.


    “Ia tak wajar sama sekali untuk dicampurkan dengan bahan makanan. Di fakulti kami, Rhodamine B hanya digunakan sebagai eksperimen dalam makmal,” katanya. Menurutnya, pengguna tidak akan tahu belacan yang mana mengandungi bahan kimia pewarna terlarang itu. “Mungkin warna belacan mengandungi Rhodamine B akan sentiasa kelihatan segar dan baru walaupun sudah lama diletakkan di kedai. “Rhodamine B boleh menyebabkan warna merah jambu kekal dan menarik. Apa yang penting penguatkuasaan,” katanya mengulas laporan Harian Metro.


    Laporan semalam memetik Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B iaitu sejenis bahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan bahan pewarna itu dalam makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil. Sementara itu, laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerusi Presidennya, SM Mohamed Idris, dilapor berkata pihak CAP mengesan Rhodamine B dalam belacan pada 1973. Sejak itu ujian pada 1983, 1993, 1995, 1999, 2000, 2001, 2002, 2007 dan 2008 mendapati pewarna ini terkandung dalam belacan serta beberapa jenis makanan lain. “Penggunaan Rhodamine B juga tidak dibenarkan dalam makanan mengikut Ordinan Makanan dan Ubatan 1952. Ini bermakna pewarna itu sudah diharamkan sejak lebih 50 tahun lalu. “Dalam ujian terbaru CAP pada April lalu, mendapati Rhodamine B terkandung dalam dua sampel belacan dan beberapa snek yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur. “Ujian terbaru itu menunjukkan undang-undang tidak di kuat kuasa untuk menghalang pesalah menggunakan pewarna Rhodamine B dalam makanan,” katanya. Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan perlu bertindak apabila penggunaan Rhodamine B dalam makanan masih berleluasa walaupun pewarna itu diharamkan.

    Harian Metro

    Tuesday, August 10, 2010

    Saturday, August 7, 2010

    Petikan FB PU HPA @perubatan jawi

    2hb Ogos 2010

    No.1: HPA menyokong Kementrian Pendagangan agar mengenakan hukuman yang berat kepada pengusaha skim cepat kaya kerana ini boleh membinasakan ekonomi sebuah negara. Lagipun skim cepat kaya adalah peniagaan yang dilarang dalam ugama. Haram mereka yang bergiat didalamnya.

    No.2: Perubatan Jawi Kini HPA sedang berusaha menyiapkan pusat hatchery nya sendiri dan dijangka tidak lama lagi akan mampu mengeluarkan hampir sejuta ekor ayam/satu pusingan. Tahniah pada team HPA Farm & R&D yang berkerja keras untuk itu.

    No.3: Terima kasih pada penternak ayam kg Kulim,Pasir Putih Kelantan atas kesediaan menjadi kumpulan pengeluar ayam organik HPA khusus di Pantai Timur.Semoga bekalan ayam mencukupi InsyaAllah.

    No.4: Selamat Datang kumpulan Nasyid UNIC ke HPA semoga kita sinergikan dunia Nasyid dan dunia bisnis menjadi ruang ibadah yang berterusan.

    No.5: Perasmian kilang Plastik HPA di Sungai Petani pada 20hb Ogos .InsyaAllah (bersaman dengan majlis buka puasa.)Semua ahli dijemput hadir.

    No.6: Majlis perasmian RFC Jitra Kedah pada 15/8/10 .InsyaAllah bersamaan dengan majlis buka puasa . Terima kasih pada semua warga HPA yang menyokong peniagaan HPA walaupun dimana berada.

    No.7: Selamat Jalan kepada HPA Raihan ke Irian Jaya membuat persembahan di negeri yang jarang sekali artis mau datang kesana. Inilah Musafir namanya…yang penting seni itu berapa pada tempatnya iaitu hiburan yang tidak melupakan Allah dan Rasul. Teman-teman herbalis HPA di Fak Fak bantu Raihan disana.TK.

    No.8: Selepas minum air alkalize kena minum air banyak kerana proses menukar asid dalam badan ke alkali menyebabkan kencing banyak.perlu minum banyak mengelakan kekeringan air.

    No.9: Melaka Halal Hub juga akan menjadi pusat pentadbiran baru HPA Zon Selatan.Ini berdasarkan kemudahan yang ada serta pembukaan 2 buah lagi kilang HPA disitu iaitu kilang Kola Radix dan Kilang penapis air.InsyaAllah.

    No.10: HPA Halal Mart Putra Jaya sudah siap 50% dijangka akan siap sebelum ramadhan.InsyaAllah.

    No.11: Produk dari MHH laris dipasaran MLM HPA.Syukur…jualan HPA Halal Mart di MHH juga turut meningkat. lawatan tidak putus-putus dilakukan oleh agensi kerajaan dan swasta.Urusniaga hampir mencapai satu juta ringgit setelah 4 bulan pertama dibawah HPA.

    No.12: Jawi Air Minuman HPA kini ditukar nama “Radix Mineral Water” dengan tudung biru .Status air mineral dari telaga bawah tanah yang di Izinkan oleh KK.

    No.13: Rumbungan umrah HPA bulan ramadhan akan bertolak pada 11 ogos ini di pimpin oleh ustaz Jasni dari HPA Ilham Holiday. Doakan untuk mereka dan doakan pula kepada HPA di tanah suci.

    No.14: PIC Khas pada 7 dan 8 Ogos akan membincangkan tentang semua produk HPA di Pasaran. Masih lagi dibuka pada semua ahli. daftar segera.

    No.15: Hampir 95% cawangan dan HPA Halal Mart mencatat peningkatan jualan pada bulan Julai Peningkatan jualan berlaku hasil PBC yang berterusan dan produk yang kini memenuhi cawangan.Terima kasih pada semua.

    No.16 : Jualan RFC Kubang Kerian mengatasi semua jualan RFC ditempat lain dan peningkatan jualan berlaku dalam walaupun hari biasa.

    FB PU HPA : @perubatan jawi

    Thursday, August 5, 2010

    Biskut 'Wang Wang' tak selamat dimakan

    Kementerian Kesihatan kini meletakkan biskut beras 'Wang Wang' keluaran negara China pada tahap 5 keselamatan makanan berikutan laporan kehadiran bakteria koliform dan E coli dalam biskut itu di Wilayah Shandong, China semalam.

    Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan agar mengambil sampel daripada biskut yang berada di pasaran sekarang untuk diuji.

    Sebanyak 334,460 kotak produk itu dibawa masuk ke Malaysia tahun ini tetapi tidak dapat dipastikan berapa banyak yang masih berada dalam pasaran, katanya pada sidang media selepas melawat Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

    Berdasarkan standard maklumat keselamatan makanan Malaysia atau FoSIM, tahap 5 adalah tahap berjaga-jaga, manakala tahap 6 akan mengakibatkan produk terbabit dikeluarkan daripada pasaran.

    Liow berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa China bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu selain mengesan sumber pencemaran.

    Ditanya sama ada produk itu selamat untuk dimakan, Liow berkata, keputusan akan dibuat selepas menerima hasil analisis.


    Malaysiakini
    Ubat kuat lelaki memudaratkan

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat kuat lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

    Beliau berkata, kebanyakan ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang juga bahan aktif perangsang seks lelaki.

    "Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi dari seorang doktor.

    Bercakap kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini, hari ini, beliau berkata kesan sampingan ubat itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

    "Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya.

    Ant
    ara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

    Beliau berkata, produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh o ais limau.

    "Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini di negara ini. Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk-produk sedemikian.

    "Kementerian Kesihatan akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar," katanya.


    Malaysiakini

    Wednesday, August 4, 2010

    30 hari sudah siap

    Oleh Maiamalina Mohamed Amin

    2010/07/29

    Segelintir pihak industri mendakwa sukar memperoleh sijil halal keluaran Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) menyebabkan mereka beralih ke pihak swasta yang menawarkan kelulusan serupa namun dalam masa yang singkat dan mudah. Wan Mohamad berkata, beliau percaya dakwaan itu datang daripada pihak industri yang pernah memohon untuk pengesahan sijil halal, tetapi gagal berikutan tidak memenuhi kriteria ditetapkan khususnya dalam menyatakan bahan ramuan digunakan dan status halal bahan ramuan terbabit.


    “Pihak industri yang gagal mendapat sijil halal kerana tidak memenuhi piawaian menganggap kita perlahan dalam tindakan, sebenarnya yang memperlahankan proses itu ialah pemohon sendiri.


    “Tetapi kalau semua kelengkapan mencukupi, sesuai dengan Business Process Reengineering (BPR) kita laksanakan sekarang, maka mereka boleh dapat (sijil pengesahan halal) dalam tempoh 30 hari saja.


    “Jadi yang kata lambat ini sebenarnya stigma lama. Kes-kes yang tak penuhi syarat itu yang jadi ambil masa lama. Ia bergantung kepada pihak pemohon, kalau dia dapat memenuhi syarat, kita akan proses dan dia takkan ambil tempoh lama,” katanya, semalam.


    Mengenai pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang menambah hukuman kepada lima kali ganda lebih berat dan menetapkan hanya Jakim dan Jain agensi tunggal pengeluar sijil halal, beliau menyambut baik langkah itu sekali gus melakukan beberapa persediaan bagi memenuhi keperluan pindaan.


    Katanya, bagi langkah pertama Jakim akan menambah 104 berbanding 152 kakitangan sedia ada merangkumi pelbagai bidang kepakaran termasuk kimia, farmasi, teknologi makanan, bio teknologi dan pakar rujuk syariah.


    Selain itu, pihaknya sedang merangka keperluan logistik iaitu gudang barang rampasan dan tempat simpanan bahan bukti penguatkuasaan serta pendakwaan, di samping keperluan kenderaan untuk mengangkut bahan rampasan dari tempat kejadian ke gudang penyimpanan. “Jakim juga akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan beberapa agensi berkaitan untuk meningkatkan keupayaan sistem pensijilan halal yang dijalankan lebih-lebih lagi dengan penyeragaman mekanisme pensijilan yang dipersetujui bersama Jain.


    “Kita juga akan mendapatkan kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk meneliti dan memperkukuhkan perundangan bersesuaian dengan pensijilan halal selain mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Kimia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Institusi Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, universiti dan semua pemain utama industri halal untuk pastikan pensijilan dikendali dengan cekap,” katanya.


    Beliau memberitahu Jakim juga menyediakan kemudahan laluan pantas di semua kaunter permohonan untuk memberi keselesaan kepada pihak yang mahu memperbaharui sijil halal masing-masing selain kepada pihak hotel yang mahu status halal khasnya ketika Ramadan menjelang.


    Harian Metro

    Jaminan halal

    Oleh Mohd Azis Ngah

    2010/08/01

    Alat HaFYS kesan DNA babi dengan tepat, bantu pastikan restoran tepati piawaian Syariah

    AWAL minggu ini, umat Islam digemparkan dengan berita sajian tidak halal yang disediakan kebanyakan kopitiam di negara ini. Pendedahan itu yang menyusuli laporan mengenai pasar raya menjual ayam tidak disembelih dengan sempurna, hanya mencetuskan kebimbangan ramai yang sudah pasti amat sensitif dengan isu halal haram makanan ini.

    Persoalannya, selain logo halal disahkan kerajaan, apakah ada cara lain dapat membantu menangani isu ini, khususnya mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan? Jawapannya - alat HaFSY atau sistem pengesahan halal yang dibangunkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Malah, pada tempoh terdekat ini, jika melihat pegawai agama atau anggota penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membawa alatan berwarna hitam seperti pembakar roti, memasuki mana-mana restoran, kilang atau kedai runcit, jangan tersalah sangka, ia bukan untuk dijual sebaliknya itulah HaFSY.

    Alat itu sebenarnya adalah pengesan produk halal atau haram melalui pengesanan dan pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA) yang dikhaskan bagi menentukan sesuatu produk mengandungi DNA babi atau tidak.

    Ia dibangunkan IPPH selama lebih setahun yang terbukti berkesan, pantas mendapatkan keputusan dan mudah dibawa ke mana-mana.

    Berbanding kaedah kajian sebelum ini, sampel produk akan dibawa ke makmal untuk dikaji dan keputusan paling cepat akan diperoleh selepas dua hari. Kini, ia cuma diperoleh dalam masa satu jam untuk menentukan produk mengandungi DNA babi atau tidak.

    Bersesuaian moto produk HaFYS iaitu ‘one step, one button, one hour’ (satu langkah, satu butang, satu jam) sudah menceritakan kelebihannya.

    Ia bermaksud pengguna boleh mengenal pasti atau mengesan kehadiran DNA babi dengan satu langkah penyediaan saja, menekan butang pada mesin PCR dan keputusan sama ada positif atau tidak boleh diperoleh dalam masa satu jam.

    Bak kata Pengarah IPPH, Prof Dr Yaakob Che Man, melalui penggunaan produk itu, sesiapa saja boleh menguji sesuatu produk tanpa memerlukan kelayakan dalam bidang kajian DNA.

    “Ustaz pun boleh buat, ia cukup mudah. Kita tak perlukan saintis untuk buat kerja pengesahan ini kerana keputusan yang diperoleh melalui alat ini tepat dan terbukti. Hanya masukkan sampel produk ke dalam alat kajian dan tunggu keputusan dalam masa sejam.

    “Sesiapa saja boleh menggunakannya dan itulah matlamat ini supaya orang ramai sentiasa peka dengan produk halal atau haram dan satu daripadanya adalah melalui ujian saintifik makmal menggunakan produk HaFYS,” katanya.

    Menurutnya, sebelum ini, ramai pengguna yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dikatakan DNA iaitu bahan baka di dalam tubuh manusia dan hampir semua organisma lain.

    Maklumat dalam DNA disimpan sebagai kod yang terdiri daripada empat asas kimia iaitu Adenine (A), Guanine (G), Citosin (C), dan Thiamin (T).

    Jika dibuat kajian saintifik terhadap sesuatu produk dan ada jujukan atau urutan DNA daripada sumber haram dan sepadan dengan rekod DNA babi, secara automatik ia akan menunjukkan laporan positif. Begitu juga sekiranya ada DNA dari haiwan lain yang haram dimakan mengikut syarak.

    Dr Yaakob menjelaskan, IPPH menjalankan penyelidikan mengikut kaedah penentuan kehadiran DNA daripada spesis haiwan yang tidak halal seperti babi bagi mengesahkan kehadirannya.

    “Kami reka bentuk primer dan ‘probe’ (alat siasatan) sepadan dengan jujukan DNA babi. Seterusnya analisis lanjut Polymerase Chain Reaction (PCR) atau Ujian Tindakan Rantai Polimeris, dijalankan bagi menentukan sama ada wujud DNA babi dalam sesuatu produk halal. Hanya ada dua keputusan tepat iaitu positif atau negatif,” katanya.

    Menurut Dr Yaakob, HaFYS bukan saja direka untuk mengesan unsur DNA babi dalam makanan tetapi berkesan dalam kajian terhadap pakaian, barangan kosmetik. Apa saja yang mempunyai unsur DNA babi walaupun dalam jumlah yang terlalu kecil, boleh dikesan menggunakan alat berkenaan.

    Setakat ini, IPPH hanya memfokuskan kepada alat pengesanan kehadiran unsur DNA babi dan kini membangunkan kaedah sama mengesan kehadiran unsur alkohol.

    Banyak pihak dikatakan mempunyai alatan PCR dalam menjalankan kajian makmal, tetapi produk HaFYS yang lebih terperinci diakui satu satunya produk di dunia yang dikhaskan kepada mengesan DNA babi.

    “Dalam aspek sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

    “Dalam erti kata lain, konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam Al Quran menepati makna sebenar produk halal. Menjadi tanggungjawab kami membantu umat Islam mengenal pasti produk halal atau haram dan menjadi tanggungjawab masyarakat menyedari hak mereka,” katanya.

    Ketika ini produk ini yang mendapat kerjasama daripada sebuah syarikat di Utah, Amerika Syarikat sudah pun diluluskan dan bersedia memasuki pasaran tempatan serta antarabangsa.


    'Berpotensi jadi kaedah piawaian antarabangsa'

    PRODUK pengesan produk halal atau haram melalui pengesahan Deoxyribonucleic Acid (DNA), HaFYS (Halal Verification System) berpotensi dipasarkan serta digunakan di seluruh dunia berdasarkan kaedah penggunaannya yang tepat dan mudah.

    Ketika ini, produk hasil kajian dan penyelidikan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) itu sudah mula diperkenalkan di serata dunia termasuk kepada 80 peserta luar negara mewakili agensi persijilan halal sempena MIHAS 2010, baru-baru ini.

    Timbalan Pengarah IPPH merangkap penyelidik, Prof Madya Dr Shuhaimi Mustafa, berkata pihaknya banyak bekerjasama dengan negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Turki dalam usaha mengenengahkan penggunaan HaFYS.

    Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan penting dalam menentukan status produk halal dilihat sebagai peluang keemasan untuk memantapkan penggunaan produk halal di peringkat tempatan dan luar negara.

    “Kami mempunyai hubungan erat dengan JAKIM dan bekerjasama memberikan penerangan dan melatih pegawai mereka dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

    “IPPH cukup yakin, melalui JAKIM, produk HaFYS ini berpotensi menjadi kaedah standard dan boleh digunakan di seluruh dunia. Walaupun JAKIM mengeluarkan cop Halal tetapi bagaimana kita nak pastikan produk mereka betul betul halal,” katanya.

    Selain itu, IPPH turut menganggotai banyak jawatankuasa di JAKIM serta bertanggungjawab melatih pegawai agensi itu dalam aspek analisis saintifik serta menerima banyak sampel yang dikategorikan sebagai was-was untuk dianalisis.

    Katanya, kaedah penggunaan produk itu dilihat menepati cita rasa masyarakat kerana pengguna hanya perlu memasukkan sampel kecil produk ke dalam tabung kecil sebesar batang pen sebelum meletakkannya ke dalam pemegang khas.

    “Sampel itu dimasukkan ke dalam tabung kecil yang mengandungi semua bahan kajian, ia akan mengesan sebarang unsur DNA babi. Itulah yang membezakan produk ini kerana PCR kami adalah satu satunya mesin mempunyai ‘primer dan probe’ yang khas untuk DNA babi,” katanya.

    Beliau turut memberikan contoh bagaimana ikan patin dan ikan keli yang didakwa diberi makanan bercampur unsur babi boleh dikesan sama ada mempunyai DNA haram atau tidak dengan cara mengkaji salah satu daripada sampel makanan, perut ikan, air kolam, lendir pada ikan dan lumut.

    Dalam erti kata mudah, produk HaFYS akan dapat mengesan dengan tepat jika terdapat anggaran unsur DNA babi dalam sebarang produk dengan catatan bacaan 0.001 peratus ataupun satu auns (0.04 gram) bagi setiap satu kilogram.

    Kesimpulannya, dalam konteks sains, produk halal merujuk kepada kualiti yang baik (toyyibat) bermaksud produk itu selamat, bersih, berkhasiat, tidak memberi kemudaratan serta sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan benda yang baik.

    Itu bermakna konsep ‘halalan toyyiba’ seperti yang terkandung dalam al-Quran menepati makna sebenar produk halal yang tidak perlu diragui.

    Info
    Kaedah lain mengesan unsur haram


  • Protein (ELISA)
  • Lemak (Kromatografi, FTIR)
  • Electric Nose
  • Alkohol (GC)

    Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)

  • Ditubuhkan tahun 2005 dengan nama Institut Produk Halal
  • Ditukar nama kepada IPPH pada 2006
  • Skop kajian:
    1) Makanan
    2) Pakaian
    3) Kosmetik
  • Produk HaFYS pernah memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2009.

    Produk HaFYS

  • Setiap mesin bernilai RM50,000
  • Satu cartridge bernilai RM200
  • Berat maksimum mesin: 4 kilogram
  • Hampir sama dengan teknologi mengesan denggi, malaria dan influenza.
  • Mempunyai primer dan probe yang pertama di dunia.

  • Berita Harian
    FRIM hasil Tongkat Ali tiga kali lebih hebat

    Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan kandungan bahan kimia Tongkat Ali yang mempunyai khasiat lebih tinggi berbanding dengan Tongkat Ali yang tumbuh secara semula jadi.

    Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod, berkata bahan kimia itu diperolehi dari akar rerambut Tongkat Ali yang dihasilkan dalam makmal FRIM menerusi alat bioreaktor.

    "Kekuatan bahan kimia Tongkat Ali jenis ini adalah tiga kali ganda lebih hebat," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma Ke-12 di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata, kaedah itu juga akan memendekkan tempoh masa untuk mengambil hasil Tongkat Ali.

    "Dengan menggunakan bioreaktor, Tongkat Ali yang biasanya akan mengambil masa tujuh hingga lapan tahun untuk diambil akarnya, hanya akan mengambil masa enam bulan sahaja," katanya.

    Abd Latif berkata, menerusi kaedah berkenaan, keuntungan yang bakal diperolehi dari produk Tongkat Ali di negara ini yang kini bernilai kira-kira RM100 juta setahun, dijangka dapat ditingkatkan berlipat kali ganda.

    Malaysia kini

    Monday, August 2, 2010

    Tesco, peruncit Perancis minat bida aset Carrefour

    2010/08/02

    TESCO Plc, pengendali pasar raya besar yang berpangkalan di United Kingdom dan kumpulan peruncitan Perancis, Casino Guichard-Perrachon ey Cie SA, berminat untuk mengambil alih aset Carrefour SA di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

    Akhbar The Financial Times (FT) kelmarin melaporkan, hasrat untuk membeli aset Carrefour itu sudah dinyatakan oleh Tesco secara terbuka, manakala Guichard-Perrachon pula melantik bank bagi menasihatinya mengenai kemungkinan membida aset berkenaan.

    Ketua Eksekutif Tesco, Terry Leahy, ketika ditanya sama ada ia berminat membida aset Carrefour di Malaysia, Thailand dan Singapura, berkata aset berkenaan adalah amat bersesuaian kepada Tesco.

    “Ia adalah wajar, namun seperti biasa, ia bergantung kepada penetapan harga. Terdapat beberapa situasi yang mana kami sudah membeli pasar raya Homever di Korea daripada Carrefour pada 2008 pada harga £1 bilion (RM5 bilion),” katanya kepada FT.

    Tesco, peruncit ketiga terbesar dunia dari segi jumlah jualan selepas Walmart dan Carrefour, adalah peneraju pasaran runcit di Malaysia dan Thailand dengan penguasaan pasaran masing-masing 10 peratus dan 13 peratus di negara berkenaan.

    Sementara itu, Guichard-Perrachon, dilaporkan sudah melantik Deutsche Bank AG (DB) bagi menasihatinya mengenai potensi bidaan membeli aset Carrefour.
    Guichard-Perrachon adalah peruncit kedua terbesar di Thailand selepas Tesco.

    Sebelum ini, Carrefour dilaporkan berhasrat untuk menjual perniagaannya di Asia Tenggara bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada usaha memantap operasinya di beberapa negara yang ia sudah bertapak kukuh dan menjadi peneraju pasaran.

    Syarikat itu belum pernah menyatakan nilai bagi aset yang hendak dijual itu tetapi penganalisis menganggarkan nilai mungkin mencecah AS$1 bilion (RM3.20 bilion).

    Pemilik pasar raya itu juga dikatakan sudah mengadakan perbincangan dengan bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS bagi mengatur urusan penjualan itu.

    Di Malaysia, Carrefour memiliki aset bernilai RM1.5 bilion, iaitu berdasarkan anggaran industri peruncitan.

    Ketika ini, Carrefour beroperasi menerusi 23 cawangan dan empat lagi dijangka dibuka tahun ini.

    Selain Tesco dan Guichard-Perrachon, turut dilaporkan berminat untuk membeli aset berkenaan termasuk Dairy Farm, syarikat tersenarai di Bursa Saham Singapura dan Aeon, kumpulan peruncitan Jepun.

    Sementara itu, Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), pengurus dana persendirian milik kerajaan Malaysia, turut menyatakan minat terhadap perniagaan Carrefour di Malaysia jika ada pihak lain yang bersedia bekerjasama dengannya dalam pembelian itu.

    Berita Harian

    Denda sehingga RM1 juta jika tipu sijil halal

    2010/08/02

    Pengusaha restoran boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati melakukan penipuan dalam sijil dan logo halal.

    Syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM1 juta, atau kedua-duanya sekali, jika melakukan perbuatan sama.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Parlimen meluluskan pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972.

    "Kementerian sedang dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas kementerian membentangkan akta ini yang kita jangka akan dibuat pada sesi Oktober yang akan datang ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 di Dewan Negara hari ini.

    Akta sedia ada memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi pesalah individu, manakala syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Ismail Sabri berkata, selepas pindaan akta itu, pihak yang didapati mengulangi kesalahan sama, tempoh hukuman penjara ditambah kepada 10 tahun manakala denda pula dinaikkan kepada RM1juta.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata menerusi pindaan akta tersebut, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)dan jabatan agama Islam di setiap negeri dibenar mengeluarkan logo halal.

    "Apabila diluluskan kelak (pindaan Akta Perihal Dagangan 1972), cuma satu sahaja autoriti yang boleh keluarkan sijil halal iaitu JAKIM dan jabatan Islam negeri (JAIN).

    "Selepas ini, tidak ada lagi syarikat yang keluarkan sijil halal dan ini juga termasuk kepada produk halal dari luar negara," katanya.

    Beliau berkata, pindaan akta berkenaan juga bakal memperluaskan fokus kementerian dan Jakim kepada produk lain termasuk kosmetik, barangan keperluan harian dan sebagainya.

    Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 kemudiannya diluluskan

    Berita Harian

    AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

    AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
    Sila klik imej untuk ke link

    Klik imej untuk ke link

    KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

    KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
    Sila klik imej untuk ke link

    Sila klik imej untuk ke link

    Sila klik imej untuk ke link

    Sila klik imej untuk ke link

    DVD PROFIL HPA

    HPA Terkini