Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Monday, November 29, 2010

Kurang Air Rosakkan Organ

Kita sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.


Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu Diganti Segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Dahaga Bila Kurang Air

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.

Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Minum Air Semasa Penerbangan

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita kehilangan air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Keadaan bertambah buruk jika anda minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.

Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.

Malah, sesetengah orang tua yang tinggal di rumah penjagaan mahupun duduk sendirian selalunya makan sedikit dan terlupa untuk makan atau minum. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada masalah dehidrasi yang semakin meruncing setiap hari jika tidak diperbaiki.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri anda. Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!

Sumber: sihatselalu.com.my

Asam Jawa : Kegunaan dan Khasiat

Dikenali sebagai Tamarindus Indica dan nama Inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.


Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati di kebanyakan kawasan tropika di benua Asia, Afrika dan Amerika. Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus, berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.

Jenis Kekacang

Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak.

Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi.

Terdapat beberapa jenis pokok asam jawa, tetapi biasanya dibahagikan kapada 2, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam jawa manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus.

Kegunaan dan Khasiat

Di Eropah, asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.


Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa, gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.

Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.

Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.

Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar. Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.

Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.

Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.

Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.

Bagi orang yang mengalami selsema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.

Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.

Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.

Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.

Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan di tempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.

Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.

Antara khasiat lain asam jawa :

* Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.

* Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

* Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.

* Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.

* Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.

Sumber:www.sihatselalu.com.my

Thursday, November 25, 2010

Set Wanita Mengandung

Virgin Coconut Oil Softgel dapat membantu memudahkan bersalin, menguatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan pertumbuhan rambut serta mengurangkan kelemumur.

Habbatus-sauda Softgel ini kaya dengan asid minyak tak tepu (EFA). Antara khasiat utamanya, ia meningkatkan penghasilan susu ibu.

Minuman Cereal Radix mengandungi khasiat sinergi 7 herba yang terbaik, diantaranya adalah Larak Hutan ( Polyalthia Hypoleuca) yang bertindak meransang pengeluaran air susu ibu.

Jika sebelum ini wanita tersebut mengamalkan Paramaria Plus sebelum mengandung, maka apabila mengandung dia perlu berhenti mengambil Paramaria Plus dalam masa waktu mengandung.

Herba Tuju Angin yang mengatasi masalah angin duduk, yakni cepat letih dan terasa meloya.

Minyak But-but disapu/diurut pada kaki wanita mengandung.

Minum EQ Minda di mana kandungannya terdapatnya Kurma (Phoenix dactylifera L) yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein dan vitamin C yang membekalkan tenaga. Kurma juga memudahkan proses kelahiran serta bekersan meredakan tekanan darah tinggi ketika mengandung.

Amal HB yang meningkatkan daya imunisasi dan masalah kekurangan kadar darah merah. Pengambilan HB ini juga mengubati masalah penyakit kuning atau jaundis apabila anak lahir kelak




KOPI RADIX MENGANDUNGI 7 HERBA TERPILIH


CARA MINUMAN HARIAN:

GUNAKAN 1 PAKET UNTUK 1 CAWAN
SETELAH SELESAI MINUM KOPI RADIX PERLU MINUM SECAWAN AIR SUAM/MINERAL LAGI


Testimoni Kopi radix

Beberapa Petikan Testimoni Kopi Radix :

1. Kopi radix menurunkan berat badan.
“saya telah mencuba produk HPA,saya dapati berat badan saya semakin berkurang setelah mengamalkan Kopi RADIX,Plantisol,Omega 3,Pelawas dan herba-herba lain.Sebelum ini berat badan saya 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut,ia telah berkurang menjadi123 kg.
Mohd.Hazizi bin Derawan(20 tahun),Kelantan

2.Kopi RADIX mengubati sakit perut
“Ini berlaku pada salah seorang ‘down line’ saya.Pada kebiasaannya beliau akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu tengah hari.Baru-baru ini beliau telsh mencuba Kopi RADIK dan agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialamiapabila lambat makan ternyata tidak berlakupada waktu kebiasaannya.Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi RADIX sebagaiprogram diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping.Kalau tak percaya cubalah..!”
Azwan Efendy B.Ahmad zahidi(25 tahun), Kedah

3. Kopi RADIX memberi kecergasan.
“Alhamdulillah,dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi RADIX sekalipun saya salah seorang ahli HPA.Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri.Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri sayalebih bertenaga dalam bekerja dan tidak lagi mengantuk,lebih-lebih pada waktu tengah hari.”
Mohd Hafiz B Abdul Razak (32 tahun),Pulau Pinang

4. Kopi RADIX Sebagai Ubat Demam.
“Saya mencuba keberkesanan Kopi RADIXuntuk penyakit demam.Ternyata Kopi RADIX berkesan untuk demam panas pada pendapat saya ianya lebih baik daripada ubat paracetamolyang biasa saya makan ketika demam sebelum ini.Kopi RADIX bertindak menurunkan suhu badan dan yang paling penting sekali sakit kepala yang kuat semasa demem tidak lagi dirasai setelah mengambil Kopi RADIX.Bersyukur kepada Alloh SWTyang telah menyembuhkannya’.
Muhammad Sukri Jalil (29 tahun),Pulau Pinang.

5. Kopi RADIX Menyembuhkan Sakit Lutut
“Saya mengalami sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan.Kesannya saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi.Saya telah mencuba Kopi RADIX dan Herba RADIX kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktifberbanding sebelum ini.Rasa sakit sama sekali telah hilang”.
Muhammad Azahari B Mat (22 tahun), Kedah.

6. Kopi RADIX,Herba Tujuh Angin & Madu Menyembuhkan Sakit Tulang Belakang.
“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin,Kopi RADIX dan Madu. Alhamdulillah,penyakit yang saya alami yaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang”.
Abdul Razak B Shukar (45 tahun), Selangor

7. Kopi RADIX menghilangkan ketagihan merokok.
“Apabila selalu mengamalkan Kopi RADIX,saya menjadisemakin ketagihan pada Kopi RADIX.Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopa RADIX. Pokok tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok.Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawardan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok.Insyaallloh cuba….”HPA BOLEH!!!
M. Helmi (24 tahun), Selangor

8. Kopi RADIX dan Omega 3 Meningkatkan Kecerdasan anak.
“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi RADIX dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ketempat kerja.Setelah melahirkan,apa yang saya lihat pada ketika anak sayaberumur 9 bulan ,dia sudah mampu berdiri dan berjalan.Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat”.
Asnieh Bt Badri @Nazri (39 tahun), Pulau Pinang

9. Kopi RADIX Mengubati Sakit Kepala.
“Assalamualaikum….Saya adalah orang yang baru mengenali produk HPA.Diantara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi RADIX,sebelum saya minum Kopi RADIX,saya selalu sakit kepala.Hampir setiep hari saya mengalami sakit kepala.Namun sesuatu yang menakjubkan , semenjak saya mengamalkan Kopi RADIX sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi menyerang.Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP MPENYAKIT ADA UBATNYA …Wassalam”.
Hj Nazarudin Bin Muktar (30 tahun), Selangor

10. Kopi RADIX Untuk Masalah Usus
“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi RADIX dan Omega 3.Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali,pada hari ke 3 penyakit saya telah sembuh seperti sediakala.saya sangat bersyukur kepada Illahi diatas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa.Terima kasih HPA..”
Faizul Azrie Bin Ismail (26 tahun), Kelantan

11. Berbekam dan Kopi RADIX
“Alhamdulillah setelah saya berbekam,ramai teman saya yang ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa.Ada pesakit yang sesak nafas/nafas pendek dan sakit saat tarik nafas,setelah berbekam dibahagian belakang dan dada Alhamdulillah dengan Izin ALLAH sekarang sudah sembuhdan penyakit lain turut lenyapyaitu sakit Maag (gastric).Ada sesetengah yang mempunyai penyekit malaria dan tipes.Setelah menjalani terapi bekam dan minum Kopi RADIX,saya sudah sihat dan segar..”Terima kasih HPA dan para guruku..!!!
Bahari Bin Tito Laksono (32 tahun), Indonesia

Dikutip dari Buku Saku Radix Satu Kajian oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.)


Sumber:www.hpa.com.my

Wednesday, November 17, 2010

Untuk membuat pendaftaran, anda boleh memuat turun (download) Borang Pendaftaran yang disediakan di pautan bawah ini. Anda boleh membuat pendaftaran secara manual dan juga ‘online’.

Borang Manual boleh di download disini
DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN PELAJAR

BORANG PENDAFTARAN ONLINE
http://www.hpa.com.my/manhal/?p=65


Gambar terbaru Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad Di Mekah

HPA International Centre (HPAic)
Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: +6 03 55119717

Boleh membuat pertanyaan:

  • Pasaraya Halal HPA
  • Temuduga di HPAic
  • Program semasa HPAic

Wednesday, November 10, 2010

KURSUS PRA HERBALIS

MARILAH BERSAMA-SAMA KITA GEMPURKAN KPH INI.SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 082-382287/013-8021857 (HAZMI) ATAU MAKLUM PADA CAWANGAN BERDEKATAN BAGI SESIAPA YANG BERMINAT

Sunday, October 31, 2010

HPAIc Shah Alam (26hb Okt 2010) : Mesyuarat Agung Khas Kowahida memutuskan membeli bangunan bersebelah HPAIc dengan harga RM5.3 Juta



Program Latihan Intensif 2 hari 1 malam.

Tarikh: 14&15 hb Dis 2010
Lokasi: Akan di umumkan nanti.
Maklumat mengenai persiapan lain akan di maklumkan dalam waktu terdekat.

Semua PELAPIS di kehendaki wajib hadir pada program tersebut.

Antara modul;
1. Kemantapan MLMS
2. Motivasi dan kejayaan bersama wakil PJS Malaysia dan Indonesia
3. Menjadikan pengamalan herba sebagai produk utama
4. Penghayatan Missi dan Vissi HPA
DLL

Kepada para pengedar yang kini sudah mencapai PENGARAH JATI dan mencecah bonus RM 1000 boleh memohon segera menyertai PELAPIS dengan menghubungi Sdr Kamal Ismail pada no H/P 0134804717 dengan kadar segera.

Sekian. Wasallam

Tuesday, October 26, 2010

Radix Cola Sdn Bhd sekali lagi telah berjaya mengeluarkan produk terkini yang dikenali sebagai RADIX Isotonic Plus, diperkaya dengan Honey Lemon, sesuai diminum pada bila-bila masa, bagi mereka yang mengalami dehidrasi juga sesuai seperti selepas melakukan riadah atau pun memandu di tempat yang panas terik

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) SERTA UJIAN PEMERIKSAAN MAKMAL:
RADIX COLA JUGA TELAH MENJALANKAN UJIAN DAN PEMERIKSAAN MAKMAL (LAB TEST) SEBANYAK 5 KALI SEBELUM MENDAPAT KEPUTUSAN UNTUK MENGHASILKAN PRODUK TERBARU INI. IANYA MERANGKUMI UJIAN DAN PEMERIKSAAN DARIPADA SEGI:
BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN, GRAPE FRUIT YANG BERSESUAIAN DAN KEPASTIAN HALAL & TOYIBAN. DI ANTARA BAHAN-BAHAN MENTAH YANG LAIN YANG DIGUNAKAN IALAH GULA, DEXTROSE ANHYDROUS, CITRIC ACID CRYSTALLINE, SODIUM CHLORIDE, SODIUM CITRATE, VITAMIN C, POTASSIUM PHOSPHATE, TRICALCIUM PHOSPHATE, CLOUDY AGENT, GRAPE FRUITY FLAVOUR DAN SODIUM BENZOATE.
KANDUNGAN GULA DALAM BANCUHAN (10.5 BRIX)
SUKATAN SETIAP BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN PERANTARAAN LAB TEST
TAHAP KEPEKATAN, KEMANISAN DAN TEKANAN GAS CO2 ADALAH MINIMUM

NUTIRISI DALAM MINUMAN INI UNTUK 100ML

LEMAK 0%
PROTEIN 0.4 GRAM
KARBOHIDRAT 7.1 GRAM
TENAGA 31 KCAL/ML
JUMLAH GULA 5.4 GRAM

DIKELUARKAN DALAM 2 VARIASI IAITU 500ML DAN 1.5 LITER

Friday, October 22, 2010

Jelly Gamat HPA

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan.

Jelly Gamat Khazanah Laut Untuk Kesihatan
Oleh: Professor Madya Dr. Zaiton Hassan

Gamat sebagai makanan

  • Gamat adalah makanan yang tinggi nilainya di negara China semenjak 5,000 tahun dahulu dan digunakan di dalam masakan di Asia (Malaysia, Singapore, Jepun, Korea dan Indonesia).
  • Gamat juga digunakan dalam masakan di negara Mediterranean seperti Sepanyol.

Gamat

  • Gamat terdapat di laut, hidup dengan memakan plankton dan bahan organik yang terdapat di dasar laut yang bersih dan tidak tercemar.
  • Gamat kaya dengan protein, zat galian dan mucopolysaccharida (lendir) dan sebatian lain yang boleh dimanfaatkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Khasiat Gamat

  • Orang China menganggap gamat sebagai “ginseng laut”.
  • Khasiat tradisional sebagai tonik untuk kesihatan dan “aphrodisiac”, merawat arthritis, keletihan, sakit sendi, sembelit, kawal kencing dan kecantikan.

Keunikan Gamat

  • Gamat boleh memulihkan tisu yang tercedera. Gamat yang dibelah badannya akan bercantum pada bahagian belah.
  • Gamat boleh membentuk semula apabila diputus dua. Dari satu gamat menjadi dua gamat.
  • Penyelidikan yang dijalankan di Malaysia, China, Jepun, Mesir, Amerika, Australia dan lain-lain negara menunjukkan ekstrak gamat mengandungi bermacam-macam bahan yang boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit.
  • Pada tahun 1992, Australia mengiktiraf gamat digunakan untuk merawat arthritis dan sakit radang pada sendi dan membantu dalam pembentukan tulang rawan (Cartilage).
  • Gamat mengandungi glycosaminoglycans yang digunakan sebagai alternatif kepada chondroitin dan telah dibuktikan boleh membantu melegakan sakit dari inflamasi.
  • Australia menghasilkan ekstrak gamat untuk merawat AIDS dan HIV.
  • Melbourne menggunakan gamat sebagai sumber protein yang unik.
  • Di Malaysia digunakan gamat sebagai ubatan tradisional, ubat gigi dan kosmetik
  • Di Australia dan Amerika ekstrak gamat digunakan untuk atlit dan nutrien tambahan untuk sakit sendi.

Penghasilan Ekstrak Gamat Untuk Produk Kesihatan di Malaysia

  • Malaysia menggunakan gamat dalam bentuk air gamat yang telah maklum khasiat menyembuh luka terutamanya selepas bersalin.
  • Untuk mendapat air gamat, gamat perlu diperam selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Di dalam air gamat terkandung berbagai sebatian bioaktif yang mempunyai kesan baik untuk kesihatan.

Sebatian bioaktif dari gamat

  • Menurunkan kandungan serum kolesterol dan memperbaiki nisbah HDL/LDL, kolesterol dikeluarkan melalui najis.
  • Aktiviti antioksidan.
  • Anti-tumor (membantutkan tumor)
  • Aktiviti memperbaiki aktiviti saraf (nerve repair).
  • Memperbaiki pengeluaran insulin dari pankreas untuk kawalan gula dalam diabetes.
  • Anti-kanser (kanser usus, pankreas, prostat, payudara)
  • Mengurangkan rasa sakit
  • Meningkatkan tahap imuniti
  • Anti inflammatory dan antiulcer
  • Anti-coagulant (agent mencairkan darah)
  • Membunuh parasit malaria
  • Mempercepatkan proses membetulkan tulang
  • Mempercepatkan pembentukan tisu yang luka
  • Menurunkan tekanan darah (antihypertensive)

Gamat HPA

  • Kolagen berfungsi sebagai “penyokong” dalam badan kita.
  • Kolagen adalah protein fibrous, terdapat pada kulit, cartilage (tulang rawan), tulang dan connective tissue
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada kulit akan menjadikan kulit berkedut
  • Kekurangan/kehilangan kolagen pada sendi akan menyebabkan sakit dan bengkak sendi, melemahkan fungsi sendi

Hasil penyembuhan dari pengamal Jelly Gamat di Indonesia

“Pasien saya bernama Pak Simanjuntak umur 46 tahun mengalami patah tulang, dapat terbantu dengan Jeli Gamat selama 2 minggu. Isteri saya tinggal meluruskan tulangnya, dan Jeli Gamat yang menyambung”

“Pasien saya bernama Bapak H. Syarifudin yang menderita masalah pernafasan lebih dari 5 tahun, dapat terbantu (sembuh) setelah terapi Jeli Gamat selama 2 minggu”

Produk Jelly Gamat

  • Khasiatnya terbukti
  • Selamat dimakan, tiada kesan sampingan (melainkan jika ada alahan tertentu)
  • Dihasilkan di kilang yang mendapat sijil GMP, Halal dan pekerja semuanya Bumiputra.

Isipadu: 300 ml

Nota kecil: Jelly Gamat HPA tidak berbau hanyir dan boleh disapu ke muka.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 45
Sabah & Sarawak: RM 50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 40
Sabah & Sarawak: RM 45

Nilai Mata (NM): 8

Monday, October 4, 2010

Lebih 2000 ahli HPA telah hadir. Perasmian oleh Pengarah Urusan HPA dan PJS Malaysia termasuk (Sabah dan Sarawak), Indonesia, Brunai Wakil HPA, Kemboja, Thailand.

Saturday, September 25, 2010

SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN

Mungkin ada sesetangah daripada kita yang mengambil herba bertanyakan soalan ini samaada dalam diri,kepada teman dan keluarga. Usah risau, berjumpalah dengan herbalis anda, pasti anda akan dapat jawapan bagi persoalan anda. Bagi anda yang baru mengambil herba sebaik-baiknya anda berjumpa dengan herbalis untuk mendapatkan cadangan, rundingan, kaedah pengambilan herba yang betul supaya herba yang diambil berkesan malah tidak memudaratkan diri anda. Seperti juga kita berjumpa doktor, untuk mengetahui kaedah pengambilan ubat dalam kuantiti yang betul dan masa yang tepat serta mengikut peraturannya.

Seorang herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi psikologinya,setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia merasa selesa dengan perawatnya.

SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN MASALAH “MIND SET”
Percaya atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.
TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat kepada kita.
PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI
Herba gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan dan semua aktiviti badan.

Kenyataan ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5 liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing) keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.

PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.
PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.
DOS YANG TIDAK MENCUKUPI
Dos yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak mencukupi,ia tidak
akan memberi kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang diambil).
MEROKOK
Merokok adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun penghidu(perokok pasif).

Sumber: Herbalis-Jawi.blogspot.com

Monday, September 6, 2010

HPA INTERNATIONAL CENTER(HPAic)


Perasmian HPAic di Sek 13 Shah Alam pada 2hb Okt 2010. Bangunan bernilai rm60 juta adalah hasil usaha HPA, dari sebuah syt kecil dan mempu memiliki bangunan se GAH ini..Alhamdulillah.

HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam



Saturday, September 4, 2010

DARI BLOG GM
Info Buletin Utama TV3 Jam 8.00 malam 3hb Sept 2010

Satu lagi pengkhianatan terhadap umat Islam dilakukan. Ayam yang kononnya ada logo JAKIM di serbu oleh pihak JAKIM dan beberapa NGO di Lembah Kelang. Amat kotor, menjijik dan termuntah bila ayam tidak disembelih secara hukum syarie. Disembelih oleh mereka yang tidak tahu menegenai agama. Paling jijik sebelah pusat sembelih ayam adalah pusat sembelihan BABI dan pusat proses kerang yang di miliki oleh satu taukeh. Sungguh amat BIADAP mereka ini. Tapi apa nak kata dengan sikap orang kita. Mencari semua nak murah. Tak percaya diri sendiri. Kerana nak ayam murah maka itulah hasilnya. Semua nak tuding jari ke JAKIM bila hal ini terbongkar. Mungkin ada yang kata "saya tak tau" atau ada yang main senang cakap "JAKIM yang tanggung dosa.."!!!!
Namun apakah kita rela mulut kita di masuki najis BABI, ayam HARAM dan kerang dan ikan keli yang makan TAHI dan BANGKAI BABI?????? Bagi ahli HPA sudah tentunya tidak. Namun berjuta lagi umat Islam yang tidak terkecuali para alim Ulamak masih lagi bersifat lidah petah berhujah, namun MEMBUJUR LALU MELINTANG SAPU.
Sudah sekian lama, ramai yang menjamah Minyak Sapi QBB(Beratur Babi)dan sewajarnya semua umat Islam amat wajib/mandatori memulaukan terus walaupun QBB mohon maaf kerana sebagai suatu pengajaran kepada pengusaha lain agar tidak main mudah dengan umat Islam. Maka hari ini kita wajib mandatori untuk terus memulau ayam yang tidak tahu asal usul dan tidak di pantau oleh mereka yang ahli dalam Halal dan Haram.

Ucapan Hari Raya Daripada PU HPA


PETIKAN FB PU @perubatan jawi

4 SEP 2010: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari kami seluruh warga kerja HPA kepada sekelian mereka yang telah mendokong HPA dan bersama-sama memperjuangkan produk halal di mana sahaja kalian berada.”teruskan perjuangan tanpa mengenal lelah sehingga tidak ada lagi produk haram di rumah orang Islam”.amin

2.HPA menyiapkan stok ayam organik radix yang mencukupi untuk seluruh ahli ahlinya menyambut lebaran dengan ayam organik yang halal. Pastikan pada tahun ini juadah hari raya dari pelbagai produk HPA dan jangan segan silu memperkenalkan jenama kita pada sanak saudara yang berkunjung ke rumah.

3.Kelemahan sistem imuniti menyebabkan virus dan bakteria tidak dapat dihapuskan dari dalam tubuh.Luka menjadi sukar sembuh dan demam yang berterusan.Kami telah menjumpai sejenis pohon yang berfungsi bagi tujuan peningkatan sistem imuniti dan yang telah kami cuba pada pesakit hiv yang terjadi bisol dan menanah di kawasan kulit telah berjaya disembuhkan dengan segera .

Wednesday, September 1, 2010

HPA Halal Mart Putrajaya


HPA Halal Mart Putrajaya beroperasi mulai hari ini 1hb Sept 2010

Alamat: No 18, Jln Diplomatik 3/1 Persint 15, Putrajaya.

No.Tel: 0388811836 / Call HPA Center: 049776805

Friday, August 27, 2010

Kuih Raya dari HPA


Kuih Raya 1431 H

MK 35 Alahai Cookies
64 Biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2

MK 43 Almond London
48 Biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2
MK 41 Bijan Idaman
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 37 Black Forest Cookies
64 Biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MR33 Black Pistachio
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MR31 Blueberry tart
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 42 Butterfly Delight
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 34 Cocoa Love
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2
MK 45 Cornflakes Madu
45 biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2


MK 32 Melatops Crisry
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2

MK 36 Nest Ball
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2

MR 38 Second Link Cookies
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2

MK 46 Samperit
50 biji
Biasa : RM 22.00
Ahli : RM 20.00
NM : 2

MK 39 Sweet Square Cookies
64 biji
Biasa : RM 24.00
Ahli : RM 22.00
NM : 2


AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini