Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Sunday, September 27, 2009



Lagi pertanyaan tentang STEROID

" Saya ahli HPA yang setia,pulang berhari raya di kampung(Perlis) ada berita katanya kopi HPA ada steroid, benarkah?" satu SMS yang saya terima membayangkan rasa cemas seorang ahli HPA dengan berita yang didengarinya. "aduhai..." pertamanya saya sangat berterima kasih pada individu yang prihatin ini kerana berani bertanya sebelum mempercayai sesuatu berita kerana ramai orang kita yang biasanya terus menghukum tanpa usul periksa.
Saya juga sering mendengar tuduhan-tuduhan yang tak berasas ini,ada yang kata dimasukan daun biak(ketum),ada yang kata di masukan bahan kimia dan ada yang kata di jampi supaya orang makan tak jadi lupa dll.Dalam HPA bukan sahaja daun biak itu dianggap haram,merokokpun juga haram. kalau rokok pun tak boleh hisap,takkanlah HPA nak guna daun biak yang ketagih tu. Kita nak cari rezeki halal dengan peniagaan HPA.InsyaAllah.
Ke dua..HPA ada GMP dan ISO ,satu persijilan kawalan kualiti produk dan semua ubatan HPA yang perlu telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. HPA ada unit R&D yang mengawal QA dab QC pengilangan.
Ke 3...jampi memang tak diamalkan oleh HPA kerana kita takut bercampur amalan syirik tapi warga HPA mengamalkan wirid al maksurat (dari hadis sohih) yang ada dijual bukunya ditoko toko buku.
Jadi kenapa HPA sering di lemparkan fitnah....sebab ada pengeluar yang cuba menjadikan HPA sebagai sandaran membolehkan penggunaan daun ketum oleh syarikat - syarikat mereka. Mereka sanggup melihat anak-anak muda terketar-ketar kerana kehabisan air daun ketum.
Mereka samakan dengan kopi Radix yang dikatakan "ketagih". Kopi radix memberikan rasa oom bukan dengan steroid tetapi dengan paduan herba dan cremer yang mencukupi.Terima kasih pada saudara yang bertanya dan memberikan peluang saya untuk menjelaskanya.
Teruskan perjuangan bersama HPA. Allahuakbar
Sumber Blog PU

Thursday, September 10, 2009

MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

SABTU, 6 September - Majlis Iftar (berbuka puasa) dan Penyampaian Sumbangan anjuran Biro Agama dan Kebajikan Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KPSAR) telah diadakan di Dewan HPA Cawangan Kuching.

Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang dengan bacaan tahlil diketuai Ustaz Abdullah Latif bin Kordi. Tepat jam 6.44 petang azan dikumandangkan oleh PJ Tn Hj Abbas@Sabas bin Samad menandakan masuk waktu berbuka puasa dan solat Maghrib bagi zon Kuching.

Persedian jamuan disediakan oleh katering Encik Rajemi bin Awek yang telah menyediakan kuih muih, mee dan nasi beriani. Buah tamar menjadi makanan pertama hadirin diikuti kuih muih dan mee goreng. Solat Maghrib diimam oleh Ustaz Kusdinata selaku imam jemputan dan diikuti dengan tazkirah. Azan Solat Insya dilaungkan setelah masuk waktu,diikuti solat berjamaah Insya dan solat Tarawikh.

Setelah selesai solat Tarawikh, pengerusi majlis encik Awang Kelana bin Awang Hassan menjemput Ustaz Nasarudin bin Ahmad selaku Pengurus HPA Sarawak memberi ucapan. Setelah selesai ucapan, penyampaian sumbangan kepada penerima sampaikan oleh PJS Ustaz Saifurain bin Hj Abdullah. Seramai 13 Penerima dijemput untuk menerima sumbangan. Penerima yang terdiri dari penduduk miskin menerima sumbangan yang berupa produk HPA dan wang tunai sebanyak RM100.00 setiap orang. Wang dan barangan HPA merupakan sumbangan amal jariah dari dua PJS iaitu PJS Tuan Haji Khalid bin Iskri bermurah hati memberi sumbangan wang dan PJS Ustaz Saifurain bin Hj Abdullah menyumbang wang dan barangan HPA.

Setelah selesai majlis penyampaian sumbangan, para penerima bergambar bersama para pemimpin. Para jamaah sekali lagi menikmati jamuan iaitu nasi beriani daging. Setelah selesai menikmati jamuan, para penerima sumbangan dan para pengedar HPA mula meminta izin untuk bersurai.

Terima kasih kepada semua pemimpin dan pengedar yang berkerjasama menjayakan majlis ini.

















AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini