Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Wednesday, March 31, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Cuba anda perhatikan, apakah benda dalam gambar dibawah?




PRODUK BARU

KORDIAL + GULA PERANG

Berita Ringkas Dari Facebook Pengarah Urusan

1.Tawaran terbuka secara sukarela kepada ahli HPA yang mampu untuk mengebarkan bendera HPA di Puncak Gunung Kinabalu. Sijil penghargaan akan di berikan pada hari konvek 2010. InsyaAllah. Mereka yang berminat hendaklah menghubungi en Mahadi(SU Kelab Kembara Radix)

2.Semua produk dalam bentuk kordial, Radix Cookies dan RTD telah mula menggunakan gula perang bukan lagi gula putih. Ini bertujuan untuk menghasilkan produk kesihatan yang bermutu tinggi . Oleh itu terdapat sedikit perubahan harga dipasaran. Kopi radix juga akan menggunakan gula perang pada masa hadapan.

3.Kilang Filter air (Dew Water) di miliki 100% HPA telah mula operasi dan pengeluaran sedang ditingkatkan bagi mencukupi filter air halal dipasaran. Tidak menggunakan tulang haiwan tetapi menggunakan tempurung kelapa dan juga batu-batuan. Terima kasih pada yang sudah membeli. Bersabar kepada yang memesan kerana kilang kita baru sahaja beroperasi.


RENUNGAN

ADAKAH PENAPIS AIR YANG ANDA
BELI DAN GUNA DI RUMAH MENDAPAT
HALAL JAKIM ATAU SWASTA?
AMBIL MASA BEBERAPA MINIT
BAGI MEMASTIKANNYA.
BACA KERATAN AKHBAR DIBAWAH.
KALAU ANDA SEORANG PENJUAL
PENAPIS AIR SYARIKAT MLM ATAU
BUKAN MLM,
ADAKAH SYARIKAT MENDAPAT HALAL JAKIM ATAU SWASTA?
RENUNG ARTIKEL DIBAWAH.
JANGAN KERANA WANG, HALAL DIKETEPIKAN









PENAPIS AIR HPA MENDAPAT KELULUSAN HALAL DARI JAKIM

Tuesday, March 16, 2010

INFO DARI GM (PENGGUNA SETIA CEMERLANG)

Salam semua pada Pemimpin HPA Malaysia
Sila baca program yang akan dilaksanakan hanya oleh KPA,KPU,KPS,KPT dan KPSS
Untuk komentar dan cadangan tambahan sila email ke cwahidagm@yahoo.com atau just komen di Facebook saya.

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC)
PENDAHULUAN

Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan kearah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak Syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat

JANGKAMASA PROGRAM – 1 HARI (9 PAGI – 5 PTG)
INSENTIF PROGRAM: DINOBAT SEBAGAI PENGURUS MELATI (PLX) SETELAH
MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT
TEMPAT PROGRAM: HOTEL ATAU YANG SETARAF DENGANNYA
MODULE – 1. PENGENALAN SYARIKAT
2. MARKETING PLAN – BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN SELESA
MELALUI PROGRAM PSC
3. PRODUK KNOWLEDGE
BAYARAN – RM10 – RM30 TERMASUK BAHAN DAN MAKAN
BILANGAN PESERTA – (200 HINGGA 500) ORANG – (10 ORG PESERTA BG SETIAP PJS)

SYARAT PENYERTAAN
A. TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100 NM SEBULAN DALAM MANA2 BULAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM KURSUS. PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUKTIKAN DENGAN MENYERTAKAN INVOIS PEMBELIAN SEMASA PENDAFTARAN BERSAMA DENGAN KAD PENGENALAN. PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PSC PADA BULAN PEMBELIAN SYARAT DIBUAT ATAU BULAN BERIKUTNYA HANYA PERLU MENERUSKAN MAINTAIN 100 NM SELAMA LIMA BULAN BERTERUSAN UTK MELAYAKAN MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT PLX

B. HANYA PESERTA YANG HADIR LAYAK MENERIMA KENAIKAN PANGKAT. TIDAK DIBENARKAN PENGGANTI UNTUK HADIR KURSUS


C. PESERTA PERLU HADHIR SEPENUH MASA DALAM KURSUS

SYARAT PENGANJURAN

DIANJURKAN OLEH KELAB DAN PADA PERINGKAT PERMULAAN CUKUP SATU ATAU DUA PROGRAM UNTUK SATU KELAB. TARGET 500-1000 PESERTA SEBULAN

KENAPA PROGRAM PSC RATIONAL?

1. PSC TIDAK AKAN MENYEBABKAN PROGRAM PBC TERGENDALA MALAHAN AKAN MENJADIKANNYA LEBIH RANCAK KERANA MEREKA YG MENYERTAI PSC APABILA MENYERTAI PBC PADA BULAN BERIKUTNYA, HANYA PERLU MEMBUAT PENAMBAHAN 200 NM. DISAMPING ITU MEREKA JUGA AKAN MENJADI PESERTA PBC YANG LEBIH BERKUALITI KERANA TELAH FAHAM AKAN MATLAMAT DAN KELEBIHAN PBC.
2. PROGRAM PBC TELAH PUN BERJALAN SEJAK TAHUN 2005. SETELAH 5 TAHUN, RASANYA SUDAH SAMPAI WAKTU DAN KETIKA PARA PEMIMPIN DAN PENGEDAR DIDEDAHKAN DENGAN PROGRAM BARU YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SEMANGAT MEREKA.
3. PSC AKAN MEMASTIKAN PESERTA MENERUSKAN PEMBELIAN SEKURANG2NYA 6 BULAN DIMANA ADA KALANYA PESERTA PBC HANYA MAMPU UNTUK MAINTAIN DALAM MASA 2 BULAN PERTAMA SELEPAS PBC
4. TERDAPAT DIKALANGAN PENGEDAR YANG HANYA SANGGUP MEMBERI MASA 1 HARI BAGI MENGIKUTI PROGRAM. INI ADALAH LEBIH MUDAH BAGI ORANG YANG KURANG SEMANGAT DAN KEYAKINAN.

Sunday, March 7, 2010

Produk guna logo halal tidak diiktiraf dilarang pamer


GURUN: Produk makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf kerajaan tidak akan dibenarkan dipamer di ruang makanan halal di premis perniagaan seluruh negara selepas Akta Halal diperkenalkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia adalah antara aspek utama yang dipertimbangkan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai ini.

Katanya, pada masa ini pihak berkaitan sedang meneliti dan mengkaji aspek perundangan serta peraturan berkaitan akta itu untuk menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang mempermainkan aspek halal serta gagal mematuhinya.

"Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalah guna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita jangka akta itu dapat diluluskan dan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini. Buat masa ini kita sedang membuat persediaan terakhir untuk membawa akta itu ke mesyuarat Kabinet dan ia dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai ini.-Berita Harian

Thursday, March 4, 2010

Enam produk kosmetik dikesan beracun


Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin dan hydroquinone yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman.

Beliau berkata enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.

Menurutnya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini