Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Friday, August 28, 2009

JOHAN QARI TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT
KEBANGSAAN 2009 PEMIMPIN HPA CONTOH


Rasa tidaklah terlewat saya mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Awangku Omar Asfuaddin bin Pengiran Hamdan dari Bintulu, Sarawak kerana menjadi johan qari Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan telah mewakili negara dalam Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang telah diadakan baru-baru ini.

Semasa menghadiri Kursus Fasilitator PBC HPA 2009
di Kuching, Sarawak



Saya amat kagum dengan Awangku bukan sahaja memiliki kemahiran ilmu al-Quran dan telah beberapa kali menjadi johan Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak malah beliau juga adalah salah seorang pemimpin dan pengerak HPA (sebuah syarikat MLM berlandaskan syariah pertama di Malaysia) di bahagian Bintulu, Mukah dan Miri Sarawak. Pemimpin muda ini yang nombor keahlian 313187.MY01 bersama rakan niaga beliau, Mohamad Zepyan Nasution dan rakan pengedar yang lain bekerja keras mengembangkan perniagaan yang memasarkan produk halal dan suci di sana.

DARI kiri: Nabil Ahmad,Awangku Omar Asfuaddin Pengiran Hamdan dan
Ustaz Azri. - Foto Sobri Sudin Berita Harian

Walaupun kesibukannya sebagai kakitangan Baitulmal Sarawak, Bintulu dan penglibatan beliau dalam pertandingan Tilawah al-Quran masih ada kesempatan masa untuk memperkenalkan produk HPA kepada rakan-rakan dan mengajak mereka menyertai perniagaan ini. Beliau kini berpangkat Pengarah Melati(PL) dalam kedudukan pangkat dalam perniagaan ini.


Insya Allah HPA akan terus berkembang di Bintulu, Mukah dan Miri hasil kesungguhan pemimpin seperti Awangku.
Tahniah sekali lagi kepada sahabatku.











Saturday, August 22, 2009

PERUTUSAN RAMADHAN 1430 HIJRAH ____________________________



Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakaatuh

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan pengedar HPA. Ramadhan sepuluh yang pertama penuh dengan rahmat, sepuluh yang kedua pengampunan daripada Allah S.W.T dan sepuluh yang terakhir dijauhkan dari api neraka.


Sempena kedatangan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya menyeru kepada diri saya sendiri, rakan pemimpin dan pengedar semua supaya merebut peluang beribadah semaksima mungkin. Allah S.W.T masih memberi peluang kepada kita semua untuk merebut peluang melaksanakan ibadah di dalam bulan penuh keberkatan ini.

Di kesempatan ini juga saya mengambil peluang mengucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih kepada rakan pemimpin, agen stok dan para pengedar semua yang telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah dengan memperjuangkan HPA bersungguh-sungguh di bumi Sarawak ini. Semoga Allah S.W.T akan membalas ganjaran pahala yang besar kepada kita semua lebih-lebih lagi perjuangan kita dalam bulan Ramadhan ini sebagaimana dimaklumi pahala akan digandakan oleh Nya. Manakala di dunia ini kita semua telah menikmati bonus dan insentif yang telah disediakan oleh syarikat kepada semua pengedar yang layak. Bagi pengedar yang belum layak lagi menerima bonus, saudara-saudari semua telah mendapat nikmat sihat setelah mengamalkan produk HPA yang baik ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemimpin khususnya ahli jawatankuasa kelab Pemimpin HPA Sarawak yang selama ini bekerja keras menjayakan misi dan visi syarikat, menganjur dan melaksanakan kursus PBC, kursus-kursus pemantapan kepada pengedar, kursus-kursus perawatan, memberi ceramah diperjumpaan mingguan, menganjur ekspo, melaksanakan program keagamaan di cawangan dan aktiviti yang lain.







Disini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para motivator,fasilitator dan peserta kursus PBC Kuching 8-9 Ogos 2009 yang telah diadakan di Samudra Court Hotel Kuching. Tanpa kerjasama semua nescaya kursus ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun peserta tidak seramai PBC di semenanjung, kita tetap berusaha mengadakan kursus. Semoga semangat PBC kali ini akan menyemarakan lagi PBC akan datang.











Kembangkan lagi HPA yang merupakan tanggungjawab fardhu kifayah kepada kita semua ke seluruh bumi kenyalang. Berjuanglah dengan semaksima mungkin dalam perniagaan ini. Semoga berkembangnya HPA di negeri ini, Insya Allah kita akan melihat kilang-kilang produk, Restoren RFC sebagaimana yang terdapat di bandar HPA di Sungai Petani akan dibuka di bandar-bandar negeri ini. Perkara ini tidak mustahil jika kita semua melaksanakan tanggunjawab ini bersungguh-sungguh.Ikhlaskan hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Rapatkan lagi saf-saf kita melalui Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KPSAR). Jadikan kelab ini sebagai tempat kita bermusyawarah bagi meningkatkan lagi usaha melaksanakan tanggungjawab besar ini. Semoga bulan yang penuh berkat ini akan menginsafi dan membentuk diri kita semua menjadi hamba yang penuh taat dan rendah diri kepadaNya. Buangkan sifat mazmumah (keji) dan amalkan sifat mahmudah (terpuji).Kita adalah hamba yang lemah.Hebat dan megah itu hanya bagi Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.

PJS Saifurain bin Abdullah
Presiden Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KPSAR)
1 Ramadhan 1430 H

HPA City RM100 juta di Shah Alam






HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman,berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.


Sumber..Harian Metro

Saturday, August 8, 2009



RADIX BAKERY HOUSE



Radix Bakery House HPA yg terletak bersebelahan dgn Radix Oriental Cuisine (ROC) memulakan perniagaannya semalam hari Rabu 5 Ogos selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Ahmad. Radix Bakery House ini menggunakan produk2 HPA seperti Olive Oil, Madu, Kismis, Kopi Radix, Koko Radix, Jem Nenas, Jem Roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.


Disamping itu juga produk2 Radix Bakery House ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba2 HPA diantara produk2nya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza, cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain2


Alhamdullillah keju yg digunakan dalam produk Radix Bakery House ini adalah diperbuat drpd minyak kelapa sawit. Penggunaan mentega dan pewarna dalam industri kek sekarang juga membimbangkan kita tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yg dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek di luar sana yang mengandungi sedikit alcohol utk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini insyaallah HPA sedang berusaha utk mengadakan altenatif lain.


Sumber Blog MIS

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini