Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.
Alhamdulillah..kini kita mempunyai pilihan bagi menggantikan satu persatu penapis air di rumah terutama untuk kegunaan minuman dengan "dew filter". Penapis Dew Water dibuat daripada batu gunung berapi,tempurung kelapa,cengkerang dan tanah liat. Syukur , Dew Water diakui halal oleh "JAKIM" sebagai produk awal yang diberi status itu.
Bukan sahaja mendapat status halal,malah ia mempunyai keupayaan alat ganti (katrij)yang boleh tahan lama. Mungkin ada yang mampu menawarkan harga yang lebih murah lagi selepas ini tetapi menggunakan kualiti katrij yang tidak berkualiti. Harga yang ditawarkan oleh HPA mengambil kira keperluan pengguna bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi semata-mata. "Kita perlu membiasakan pasaran agar peka dengan isu harga kerana pengguna itu adalah kita sendiri. Kalau bukan kitapun , saudara-saudara seugama dengan kita. Sanggupkah kita menipu harga dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing.
SEMUA BOLEH MEMBELI DENGAN HPA..
Sumber..Blog PU
Sunday, January 31, 2010
STEVIA:PEMANIS TANPA KALORI
KOPI RADIX DIET MERUPAKAN SALAH SATU PRODUK HPA YANG MENGANDUNGI PEMANIS STEVIA SESUAI UNTUK AMALAN PESAKIT LEBIHAN GULA DALAM DARAH.SEKALI ANDA MENCUBA NESCAYA ANDA NAK SECAWAN LAGI..CUBALAH
Monday, January 18, 2010
Pelancaran Produk Baru Di Hotel De Palma Ampang
Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru. Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.
Sumber..blog GM
Sunday, January 17, 2010
MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN
Menara HPA di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam(proses jual beli – RM60 juta). Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan.
Sumber.http://www.hpa.com.my/
Thursday, January 14, 2010
PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW
KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEWKatrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.
Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.
Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik. Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSAKajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.
MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEWIni diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi....Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...
Hubungi...0198272332
Friday, January 8, 2010
KOWAHIDA MENYERAHKAN ZAKAT RM250 RIBU KEPADA PERKIM KELANTAN
Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga KOWAHIDA. Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan. Menteri Besar, YAB Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka RCH di Kota Bharu Parade (berhadapan Pasar Siti Khadijah).
YAB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.