Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Thursday, September 10, 2009

MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

SABTU, 6 September - Majlis Iftar (berbuka puasa) dan Penyampaian Sumbangan anjuran Biro Agama dan Kebajikan Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KPSAR) telah diadakan di Dewan HPA Cawangan Kuching.

Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang dengan bacaan tahlil diketuai Ustaz Abdullah Latif bin Kordi. Tepat jam 6.44 petang azan dikumandangkan oleh PJ Tn Hj Abbas@Sabas bin Samad menandakan masuk waktu berbuka puasa dan solat Maghrib bagi zon Kuching.

Persedian jamuan disediakan oleh katering Encik Rajemi bin Awek yang telah menyediakan kuih muih, mee dan nasi beriani. Buah tamar menjadi makanan pertama hadirin diikuti kuih muih dan mee goreng. Solat Maghrib diimam oleh Ustaz Kusdinata selaku imam jemputan dan diikuti dengan tazkirah. Azan Solat Insya dilaungkan setelah masuk waktu,diikuti solat berjamaah Insya dan solat Tarawikh.

Setelah selesai solat Tarawikh, pengerusi majlis encik Awang Kelana bin Awang Hassan menjemput Ustaz Nasarudin bin Ahmad selaku Pengurus HPA Sarawak memberi ucapan. Setelah selesai ucapan, penyampaian sumbangan kepada penerima sampaikan oleh PJS Ustaz Saifurain bin Hj Abdullah. Seramai 13 Penerima dijemput untuk menerima sumbangan. Penerima yang terdiri dari penduduk miskin menerima sumbangan yang berupa produk HPA dan wang tunai sebanyak RM100.00 setiap orang. Wang dan barangan HPA merupakan sumbangan amal jariah dari dua PJS iaitu PJS Tuan Haji Khalid bin Iskri bermurah hati memberi sumbangan wang dan PJS Ustaz Saifurain bin Hj Abdullah menyumbang wang dan barangan HPA.

Setelah selesai majlis penyampaian sumbangan, para penerima bergambar bersama para pemimpin. Para jamaah sekali lagi menikmati jamuan iaitu nasi beriani daging. Setelah selesai menikmati jamuan, para penerima sumbangan dan para pengedar HPA mula meminta izin untuk bersurai.

Terima kasih kepada semua pemimpin dan pengedar yang berkerjasama menjayakan majlis ini.

















No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini