Seorang  herbalis terlebih dahulu perlu tahu tentang karakter pesakit semasa  mencadangkan ubat yang diambil supaya proses penyembuhan dan konsultasi  berlaku dengan baik. Langkah ini penting kerana dari segi  psikologinya,setiap manusia akan memberikan respon yang baik jika dia  merasa selesa dengan perawatnya.
SEBAB-SEBAB HERBA TIDAK BERKESAN MASALAH “MIND SET”
Percaya  atau tidak kita sudah diprogramkan untuk mempercayai keajaiban ubatan  kimia yang memberikan kesembuhan yang cepat. Ubatan herba tidak lagi  mendapat tempat setelah kehebatan ubatan kimia yang sinonim dengan  panggilan ubatan moden dan herba dikenali sebagai ubatan tradisional  telah membantu melonjakkan lagi kepercayaan terhadap ubatan ini. Jadi  masih ramai diantara kita yang mempunyai perasaan ragu-ragu dan  seolah-oleh terpaksa apabila disyorkan ubatan ini. Maka secara automatik  ubat herba yang diambil tidak berkesan apabila otak kita telah setkan bahawa ubat herba ini tidak dapat mengubati penyakit kita.
TEKANAN ATAU STRESS
Tahukah  anda jika anda stress atau tertekan, anda telah memusnahkan vitamin C  yang ada dalam badan anda,kerana itulah orang yang stress akan kelihatan  cepat tua. Bukan itu sahaja herba tidak dapat bertindak balas dengan  baik kerana wujudnya tekanan-tekanan dalam diri. Kelenjar Adrinalin  dalam tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang akan meningkatkan  tekanan darah dan kadar gula dalam darah dan menurunkan tindak balas  imuniti(pertahanan)badan. Akibatnya berlaku malabsorption (tiada  penyerapan) terhadap nutrien yang masuk ke dalam tubuh. Jadi sebarang  herba yang masuk tidak dapat bertindak balas untuk memberikan manafaat  kepada kita.
PENGAMBILAN AIR YANG TIDAK MENCUKUPI
Herba  gagal berfungsi tanpa air yang mencukupi dalam badan. Air seperti  pelincir kepada badan kita. Ramai juga beranggapan pengambilan air  mereka mencukupi kerana telah meminum air kopi radix,air kordial Rossele  atau apa-apa air yang lain dalam kuantiti yang banyak sepanjang  hari,sedangkan tubuh kita lebih banyak memerlukan air putih untuk  membantu pergerakan nutrien dalam badan,pengawalan suhu badan,pencernaan  dan semua aktiviti badan.
Kenyataan  ini bukan bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air kegemaran  anda, tetapi anda perlu tahu bahawa air berwarna atau bercampur bahan  lain seperti kopi atau apa saja akan diproses seperti makanan pepejal  yang kita ambil contohnya nasi, mee, roti dan sebagainya. Pengambil  herba perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter untuk perempuan dan 2.5  liter untuk lelaki dalam sehari. Bagi pengambilan herba  diuretic(mengaktifkan buah pinggang untuk pengeluaran air kencing)  keperluan air putih sangat perlu dititik beratkan. Keperluan ini semakin  penting dengan berlaku peningkatan suhu dunia yang semakin panas.
PENGAMBILAN YANG TIDAK BERTERUSAN
Seperti  yang anda semua sedia maklum,herba bertindak balas agak lambat  berbanding ubatan kimia. Proses pemulihan juga berlaku dengan lambat dan  berperingkat. Kerana setiap penyakitan yang berlaku dalam badan kita  juga terbentuk daripada satu proses yang lama contohnya sakit  asthma,penyakit ini bermula dengan peradangan paru-paru hingga  menghasilkan mucus yang banyak,pengecutan brokiol akhirnya mengganggu  pernafasan hingga mencetuskan penyakit ini. Ia terbentuk dalam satu  tempoh masa yang lama,jadi secara logiknya sistem penyembuhan juga  mengambil masa yang lama. Inilah keistimewaan herba yang akan memulihkan  hingga kepada punca penyakit bukan kepada simptomnya. Jadi, kesabaran  dan istiqamah adalah sangat perlu bagi pengambil herba.
PENGIKATAN DAN PEMBUANGAN
Ini  merujuk kepada kaedah pengambilan herba yang salah ataupun pengambilan  herba bersama ubat-ubatan lain boleh membentuk ikatan kimia yang tidak  dapat diuraikan dan terus disingkirkan oleh tubuh. Perlu diingat bahawa  herba mempunyai dinding solulose yang menyimpan khasiat  herba,jadi untuk menguraikannya perlu melalui proses sinergi,rebusan dan  lain-lain. Di dalam Perubatan Jawi kita memberikan teknik-teknik untuk  untuk menggunakan herba dengan lebih berkesan,kerana itulah sangat  penting bagi pengamal herba untuk mengetahui cara pengunaan herba yang  betul. Contohnya, pengambilan shark cartilage tidak boleh diambil dengan  herba yang lain kerana herba ini bersifat fat bonding dan akan menyingkirkan racun yang masuk ke badan termasuk herba yang masuk bersama.
DOS YANG TIDAK MENCUKUPI
Dos  yang mencukupi akan memberikan isyarat kepada badan seperti peningkatan  suhu badan dan sengal-sengal tubuh. Ini menunjukkan tindakbalas herba  yang mencukupi dengan keperluan tubuh. Jika dos yang diambil tidak  mencukupi,ia tidak
akan memberi  kesan kepada tubuh. Ukuran dos untuk pengambilan herba adalah  berdasarkan berat badan 10kg bersamaan 1 gram herba (mengikut herba yang  diambil).
MEROKOK 
Merokok  adalah penghalang kepada keberkesanan herba di dalam badan anda. Herba  tidak dapat memulihkan diri pesakit andai racun terus ‘dimasukkan’ke  dalam badan. Bayangkan asap rokok sahaja mengandungi lebih 4000 jenis  bahan kimia yang sangat merbahaya baik kepada perokok,mahupun  penghidu(perokok pasif).
Sumber: Herbalis-Jawi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment