Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Sunday, March 7, 2010

Produk guna logo halal tidak diiktiraf dilarang pamer


GURUN: Produk makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf kerajaan tidak akan dibenarkan dipamer di ruang makanan halal di premis perniagaan seluruh negara selepas Akta Halal diperkenalkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia adalah antara aspek utama yang dipertimbangkan sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai ini.

Katanya, pada masa ini pihak berkaitan sedang meneliti dan mengkaji aspek perundangan serta peraturan berkaitan akta itu untuk menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang mempermainkan aspek halal serta gagal mematuhinya.

"Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalah guna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita jangka akta itu dapat diluluskan dan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini. Buat masa ini kita sedang membuat persediaan terakhir untuk membawa akta itu ke mesyuarat Kabinet dan ia dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai ini.-Berita Harian

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini