Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Thursday, July 29, 2010

Sijil halal Hotel Grand Season Kuala Lumpur ditarik

2010/07/29

Penarikan sijil pengesahan halal Malaysia Hotel Grand Season Kuala Lumpur berkuatkuasa serta-merta kerana melanggar piawaian Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Penarikan balik sijil terbabit adalah kes pertama bagi hotel di ibu kota pada tahun ini.


“Kami sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada hotel terbabit.Secara umum, antara sebab penarikan ialah hotel terbabit menggunakan barang yang tidak dibenarkan dan beberapa prosedur lain tidak dipatuhi.

Namun, kalau mengikut prosedur ditetapkan, selepas langkah pembetulan diambil hotel berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jakim dan kalau panel berpuas hati, kami boleh menimbangkannya semula

Harian Metro

Wednesday, July 28, 2010

List Top 100 Malaysia


Bil customer_id customer_name
1 000002.MY01 NOOR HAYATI BT YUNUS
2 041362.MY01 MURAD BIN ABU BAKAR @ AYOB
3 045875.MY01 MOHD ZAHIR BIN GHAZALI
4 014605.MY01 ZAHARAH BT MAT ZAIN
5 031716.MY01 SHARIFAH BT SULAIMAN
6 085867.MY01 KHALID BIN ISKRI
7 019195.MY01 ISMAIL BIN OTHMAN
8 000014.MY01 MOHD NADZRI BIN AHMAD
9 049956.MY01 SITI HABIBAH BT YUSOFF
10 000286.MY01 ROSMANDI BIN ISHAK
11 025315.MY01 MOHAMAD ASERI BIN HANAPIAH
12 002550.MY01 HAFIDZAN BIN FAUDZI
13 263723.MY01 SYED SALAHUDDIN B SYED MAHAYADIN
14 017390.MY01 SITI ZAWIAH @ NOOR ZAKIAH AB RAHMAN
15 025053.MY01 MOHD SHAFIE BIN TASIRON
16 111801.MY01 MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH @ ZAKARIA
17 002912.MY01 AHMAD SHAFFIK BIN MOHAMAD
18 003592.MY01 JUMANI BIN ABDUL SALAM
19 003458.MY01 AMINAH BT SAM
20 006999.MY01 MARJUNI BIN HJ SALLEH
21 050310.MY01 MOHD YUSOF BIN MOHD SIDEK
22 281680.MY01 SYED AGEEL BIN SYED MOHD MAHAYADIN
23 000518.MY01 ZAINAL BIN AHMAD
24 104650.MY01 SAFUAN BIN PAMIDI
25 001991.MY01 CHE ABD RAHMAN BIN CHE OMAR
26 003235.MY01 ALIMAH BT SAM
27 049750.MY01 SABRI BIN AHMAD
28 111252.MY01 JAFFAR BIN ABDUL GHANI
29 024904.MY01 SAJARUDIN BIN TASIRON
30 268874.MY01 NIK MOOD BIN NIK WAN MEGAT
31 248484.MY01 NORAHINI BT HARUN
32 256591.MY01 MUDZAFAR BIN ALIYASAK
33 002063.MY01 HAMIJA BT ABD RAHMAN @ NGAH
34 087255.MY01 ROSJULILA BT HUSIN
35 025312.MY01 ASNIEAH BT BADRI @ NADZRI
36 270659.MY01 JUITA BT HJ TAHA
37 030091.MY01 ZAILIMA BT MOHD ZAIN
38 249267.MY01 SITI ABIDAH BT ABDUL RAHMAN
39 000013.MY01 ZAMBRI BIN AHMAD
40 175197.MY01 ZAINI BT A BAKAR
41 004922.MY01 MD KHATIB BIN HUSSEN
42 037388.MY01 MYZA SDN BHD
43 006338.MY01 ABDUL RAZAK BIN HUSSAIN
44 108524.MY01 AZIZAN BIN AHMAD
45 092273.MY01 ZAILEHAN BT AB MANAP
46 243526.MY01 ANUAR BIN ABD LAIB @ ABDUL LATIB
47 248594.MY01 JAMALUDIN BIN JUSOH
48 004351.MY01 MD ASRI BIN HUSSAIN
49 066736.MY01 NOREDA BT HAMID
50 270390.MY01 WAHAB BIN BAKAR
51 127251.MY01 JAMALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
52 092194.MY01 AHMAD AZAM BIN JAAFAR
53 044159.MY01 ABD RAHIM BIN ABD TALIB
54 285489.MY01 SHUKIMAN BIN AWANG MAT
55 269346.MY01 ABD RAZAK BIN IBRAHIM
56 046187.MY01 MOHD ZAIDI BIN GHAZALI
57 036086.MY01 AHMAD SUBRI BIN MURAD
58 165494.MY01 SIHAM BT MOHD HASHIM
59 248512.MY01 MOHD BOKHARI BIN SALEH
60 269256.MY01 NOOR HYZAD BIN MOHAMAD KASIM
61 234519.MY01 ROMLI BIN HJ ABU BAKAR
62 059600.MY01 ZABIDAH BT ZAKARIA
63 255002.MY01 NOR HAIDA BT RAMELI
64 018473.MY01 SHAARI BIN YAAKOB
65 163055.MY01 JAMALIAH BT OMAR
66 242513.MY01 MASLIZAR BT MAT SEMAN
67 285501.MY01 MOHD BUSTAMAN BIN SALLEH
68 287742.MY01 FAUZIAH BT ABU SAMAH
69 266663.MY01 MUZLINA BT ABDUL RAHIM
70 075385.MY01 ROSHADAH BT ABDUL RAZAK
71 056078.MY01 MOHAMAD ZAIDI BIN ABU HASSAN
72 250477.MY01 AHMAD KAMAL BIN ALI
73 408638.MY01 KASWANI BT KASIM
74 000250.MY01 NORMAH BT ABD SATAR
75 005420.MY01 AMINAH BT BACHIK
76 317562.MY01 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ALI
77 052443.MY01 MOHD ZUBAIRI BIN GHAZALI
78 092290.MY01 ABDUL YADI BIN MOHD SAID
79 017518.MY01 NOORMAH BT ZAINOL
80 115791.MY01 MUSLIANA BT MUSLIM
81 028437.MY01 RAHMAT BIN DAIM
82 263297.MY01 ZAMRI BIN HJ JUSOH
83 250759.MY01 NAIMAH BT ISHAK
84 049765.MY01 SABRI BIN JAAFAR
85 271703.MY01 MOHAMAD HELMI BIN ABD KADIR
86 377982.MY01 MOHAMED SOFIAN BIN ABDUL LATIFF
87 312849.MY01 NAZIADI BIN MARGINI
88 250111.MY01 SAIFURAIN BIN ABDULLAH
89 064703.MY01 AMINAH BT MAMAT
90 053864.MY01 HARIDAH KHANUN BT REHMAN KHAN (1)
91 635944.MY01 MOHD ZURAH BIN JUSOH
92 290616.MY01 FAUZANI BIN ABD RAHIM
93 190112.MY01 MOHD RAHIM BIN MUNTAWIL
94 282421.MY01 ROSLI BIN DAUD
95 284610.MY01 ROHANI BT MOHD NOOR
96 120950.MY01 NOOR HANI BT KONTING
97 242008.MY01 NORLIDA BT ARIFFIN
98 216170.MY01 HABSHAH BT HJ MOHD ARIFFIN
99 124795.MY01 EVI SHORAIYA BT RIDUAN YAMANI
100 057268.MY01 YUSOFF BIN CIK AHMAD

Tuesday, July 27, 2010

Sah tidak berdaftar

Oleh Asmah Rusman


Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung yang didakwa menipu penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail dan isteri, Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9 disahkan tidak berdaftar dan menjalankan aktiviti perniagaan terbabit secara haram.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin berkata, pihaknya sudah membuat pemeriksaan data melalui laporan diterima daripada pengadu dan mendapati tiada sebarang permohonan dibuat syarikat terbabit.


“Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan berkenaan. Bagaimanapun, dalam rekod Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN) syarikat itu tidak pernah memohon lesen kepada kami maka mereka memang tidak mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan KPDNKK,” katanya.


Menurutnya, KPDNKK akan melancarkan gerakan menjejaki pemilik syarikat itu yang sudah menghilangkan diri bagi menyekat aktiviti penipuan yang dijalankan kerana ia didakwa sudah ‘berjangkit’ di seluruh negara.


“Kami tidak akan biarkan mereka bermaharajalela menjalankan perniagaan itu kerana bimbang lebih ramai lagi individu tertipu dengan perniagaan yang dijalankan. Mereka yang ditipu diminta tampil membuat aduan kepada KPDNKK bersama bukti bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.


Tegasnya, sekiranya terdapat bukti kukuh syarikat itu menjalankan perniagaan jualan langsung dan masih wujud di alamat yang dinyatakan pengadu, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen Empat, Akta Jualan Langsung 1993.


“Akta itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi orang perseorangan manakala syarikat boleh didenda maksimum RM250,000. Bagaimanapun, siasatan akan dijalankan mengikut akta di bawah Badan Penguatkuasaan Gerakan Khas (BPGK),” katanya.


Harian Metro 14 Julai lalu melaporkan Saiful, 28 dan isterinya Aida, tampil membuat pengakuan mereka turut ditipu syarikat MLM berkenaan sehingga kerugian RM30,000. Dia juga menafikan tuduhan mendakwa mereka bersubahat dalam penipuan terbabit seperti disiarkan dalam laman sosial facebook.


Katanya, ketika ditawarkan untuk membuat pelaburan itu, syarikat itu berjanji untuk membuat pembayaran keuntungan dengan kadar 10 hingga 30 peratus setiap bulan.


Menurut Saiful, dia tidak meragui kewibawaan syarikat MLM itu dan yakin pelaburannya akan mendapat pulangan dijanjikan kerana jenama syarikat yang menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan itu stabil, sudah dikenali dan sering terbabit kerja amal.


Mengulas kenyataan itu, Mohd Roslan berkata, pengguna yang ingin menuntut ganti rugi boleh memfailkan tuntutan mereka di Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) untuk amaun tidak melebihi RM25,000 dengan syarat barang atau perkhidmatan yang diperoleh adalah untuk kegunaan sendiri dan isi rumah.


Harian Metro

Monday, July 26, 2010

Info terkini dari AWM

1. Water filter akan di naikan NM dari 50 ke 100NM mulai 1hb Ogos 2010. Ini akan memudahkan projek Gempur PBC Water Filter

2. MILAD Indonesia akan berlangsung pada 16hb Jan 2011 di Jakarta. Konvek Malaysia akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Wednesday, July 14, 2010

RFC diperluas ke seluruh negara


RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.


HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

"Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

..Kosmo

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini