Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Tuesday, July 27, 2010

Sah tidak berdaftar

Oleh Asmah Rusman


Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung yang didakwa menipu penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail dan isteri, Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9 disahkan tidak berdaftar dan menjalankan aktiviti perniagaan terbabit secara haram.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin berkata, pihaknya sudah membuat pemeriksaan data melalui laporan diterima daripada pengadu dan mendapati tiada sebarang permohonan dibuat syarikat terbabit.


“Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan berkenaan. Bagaimanapun, dalam rekod Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (BPDN) syarikat itu tidak pernah memohon lesen kepada kami maka mereka memang tidak mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan KPDNKK,” katanya.


Menurutnya, KPDNKK akan melancarkan gerakan menjejaki pemilik syarikat itu yang sudah menghilangkan diri bagi menyekat aktiviti penipuan yang dijalankan kerana ia didakwa sudah ‘berjangkit’ di seluruh negara.


“Kami tidak akan biarkan mereka bermaharajalela menjalankan perniagaan itu kerana bimbang lebih ramai lagi individu tertipu dengan perniagaan yang dijalankan. Mereka yang ditipu diminta tampil membuat aduan kepada KPDNKK bersama bukti bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.


Tegasnya, sekiranya terdapat bukti kukuh syarikat itu menjalankan perniagaan jualan langsung dan masih wujud di alamat yang dinyatakan pengadu, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen Empat, Akta Jualan Langsung 1993.


“Akta itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan bagi orang perseorangan manakala syarikat boleh didenda maksimum RM250,000. Bagaimanapun, siasatan akan dijalankan mengikut akta di bawah Badan Penguatkuasaan Gerakan Khas (BPGK),” katanya.


Harian Metro 14 Julai lalu melaporkan Saiful, 28 dan isterinya Aida, tampil membuat pengakuan mereka turut ditipu syarikat MLM berkenaan sehingga kerugian RM30,000. Dia juga menafikan tuduhan mendakwa mereka bersubahat dalam penipuan terbabit seperti disiarkan dalam laman sosial facebook.


Katanya, ketika ditawarkan untuk membuat pelaburan itu, syarikat itu berjanji untuk membuat pembayaran keuntungan dengan kadar 10 hingga 30 peratus setiap bulan.


Menurut Saiful, dia tidak meragui kewibawaan syarikat MLM itu dan yakin pelaburannya akan mendapat pulangan dijanjikan kerana jenama syarikat yang menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan itu stabil, sudah dikenali dan sering terbabit kerja amal.


Mengulas kenyataan itu, Mohd Roslan berkata, pengguna yang ingin menuntut ganti rugi boleh memfailkan tuntutan mereka di Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) untuk amaun tidak melebihi RM25,000 dengan syarat barang atau perkhidmatan yang diperoleh adalah untuk kegunaan sendiri dan isi rumah.


Harian Metro

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini