KEBANGSAAN 2009 PEMIMPIN HPA CONTOH
Saya amat kagum dengan Awangku bukan sahaja memiliki kemahiran ilmu al-Quran dan telah beberapa kali menjadi johan Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak malah beliau juga adalah salah seorang pemimpin dan pengerak HPA (sebuah syarikat MLM berlandaskan syariah pertama di Malaysia) di bahagian Bintulu, Mukah dan Miri Sarawak. Pemimpin muda ini yang nombor keahlian 313187.MY01 bersama rakan niaga beliau, Mohamad Zepyan Nasution dan rakan pengedar yang lain bekerja keras mengembangkan perniagaan yang memasarkan produk halal dan suci di sana.

Ustaz Azri. - Foto Sobri Sudin Berita Harian
Walaupun kesibukannya sebagai kakitangan Baitulmal Sarawak, Bintulu dan penglibatan beliau dalam pertandingan Tilawah al-Quran masih ada kesempatan masa untuk memperkenalkan produk HPA kepada rakan-rakan dan mengajak mereka menyertai perniagaan ini. Beliau kini berpangkat Pengarah Melati(PL) dalam kedudukan pangkat dalam perniagaan ini.
Insya Allah HPA akan terus berkembang di Bintulu, Mukah dan Miri hasil kesungguhan pemimpin seperti Awangku. Tahniah sekali lagi kepada sahabatku.