Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Friday, August 28, 2009

JOHAN QARI TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT
KEBANGSAAN 2009 PEMIMPIN HPA CONTOH


Rasa tidaklah terlewat saya mengucapkan tahniah kepada sahabat saya Awangku Omar Asfuaddin bin Pengiran Hamdan dari Bintulu, Sarawak kerana menjadi johan qari Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan telah mewakili negara dalam Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang telah diadakan baru-baru ini.

Semasa menghadiri Kursus Fasilitator PBC HPA 2009
di Kuching, Sarawak



Saya amat kagum dengan Awangku bukan sahaja memiliki kemahiran ilmu al-Quran dan telah beberapa kali menjadi johan Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak malah beliau juga adalah salah seorang pemimpin dan pengerak HPA (sebuah syarikat MLM berlandaskan syariah pertama di Malaysia) di bahagian Bintulu, Mukah dan Miri Sarawak. Pemimpin muda ini yang nombor keahlian 313187.MY01 bersama rakan niaga beliau, Mohamad Zepyan Nasution dan rakan pengedar yang lain bekerja keras mengembangkan perniagaan yang memasarkan produk halal dan suci di sana.

DARI kiri: Nabil Ahmad,Awangku Omar Asfuaddin Pengiran Hamdan dan
Ustaz Azri. - Foto Sobri Sudin Berita Harian

Walaupun kesibukannya sebagai kakitangan Baitulmal Sarawak, Bintulu dan penglibatan beliau dalam pertandingan Tilawah al-Quran masih ada kesempatan masa untuk memperkenalkan produk HPA kepada rakan-rakan dan mengajak mereka menyertai perniagaan ini. Beliau kini berpangkat Pengarah Melati(PL) dalam kedudukan pangkat dalam perniagaan ini.


Insya Allah HPA akan terus berkembang di Bintulu, Mukah dan Miri hasil kesungguhan pemimpin seperti Awangku.
Tahniah sekali lagi kepada sahabatku.











No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini