Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Saturday, August 22, 2009

PERUTUSAN RAMADHAN 1430 HIJRAH ____________________________



Assalamuaalaikum warahmatullah wabarakaatuh

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan pengedar HPA. Ramadhan sepuluh yang pertama penuh dengan rahmat, sepuluh yang kedua pengampunan daripada Allah S.W.T dan sepuluh yang terakhir dijauhkan dari api neraka.


Sempena kedatangan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya menyeru kepada diri saya sendiri, rakan pemimpin dan pengedar semua supaya merebut peluang beribadah semaksima mungkin. Allah S.W.T masih memberi peluang kepada kita semua untuk merebut peluang melaksanakan ibadah di dalam bulan penuh keberkatan ini.

Di kesempatan ini juga saya mengambil peluang mengucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih kepada rakan pemimpin, agen stok dan para pengedar semua yang telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah dengan memperjuangkan HPA bersungguh-sungguh di bumi Sarawak ini. Semoga Allah S.W.T akan membalas ganjaran pahala yang besar kepada kita semua lebih-lebih lagi perjuangan kita dalam bulan Ramadhan ini sebagaimana dimaklumi pahala akan digandakan oleh Nya. Manakala di dunia ini kita semua telah menikmati bonus dan insentif yang telah disediakan oleh syarikat kepada semua pengedar yang layak. Bagi pengedar yang belum layak lagi menerima bonus, saudara-saudari semua telah mendapat nikmat sihat setelah mengamalkan produk HPA yang baik ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemimpin khususnya ahli jawatankuasa kelab Pemimpin HPA Sarawak yang selama ini bekerja keras menjayakan misi dan visi syarikat, menganjur dan melaksanakan kursus PBC, kursus-kursus pemantapan kepada pengedar, kursus-kursus perawatan, memberi ceramah diperjumpaan mingguan, menganjur ekspo, melaksanakan program keagamaan di cawangan dan aktiviti yang lain.







Disini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para motivator,fasilitator dan peserta kursus PBC Kuching 8-9 Ogos 2009 yang telah diadakan di Samudra Court Hotel Kuching. Tanpa kerjasama semua nescaya kursus ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun peserta tidak seramai PBC di semenanjung, kita tetap berusaha mengadakan kursus. Semoga semangat PBC kali ini akan menyemarakan lagi PBC akan datang.











Kembangkan lagi HPA yang merupakan tanggungjawab fardhu kifayah kepada kita semua ke seluruh bumi kenyalang. Berjuanglah dengan semaksima mungkin dalam perniagaan ini. Semoga berkembangnya HPA di negeri ini, Insya Allah kita akan melihat kilang-kilang produk, Restoren RFC sebagaimana yang terdapat di bandar HPA di Sungai Petani akan dibuka di bandar-bandar negeri ini. Perkara ini tidak mustahil jika kita semua melaksanakan tanggunjawab ini bersungguh-sungguh.Ikhlaskan hati dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Rapatkan lagi saf-saf kita melalui Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KPSAR). Jadikan kelab ini sebagai tempat kita bermusyawarah bagi meningkatkan lagi usaha melaksanakan tanggungjawab besar ini. Semoga bulan yang penuh berkat ini akan menginsafi dan membentuk diri kita semua menjadi hamba yang penuh taat dan rendah diri kepadaNya. Buangkan sifat mazmumah (keji) dan amalkan sifat mahmudah (terpuji).Kita adalah hamba yang lemah.Hebat dan megah itu hanya bagi Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.

PJS Saifurain bin Abdullah
Presiden Kelab Pemimpin HPA Sarawak (KPSAR)
1 Ramadhan 1430 H

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini