Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Monday, August 16, 2010

China nafi produk susu ada hormon


3 bayi didakwa alami pertumbuhan payu dara

Kementerian Kesihatan China berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kaitan antara susu formula dengan pertumbuhan payu dara tiga bayi selepas ia menjalankan siasatan dalam skandal terbaru keselamatan produk susu di negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kementerian berkenaan menjalankan siasatan selepas menerima aduan ibu bapa yang mendakwa bayi mereka mengalami pertumbuhan payu dara selepas diberi susu formula keluaran syarikat Synutra International Inc. Syarikat terbabit menolak dakwaan itu dan menyifatkannya tidak berasas.

“Penyelidik tidak menemui perkara luar biasa dalam kandungan hormon pada susu keluaran Synutra dan jenama lain selepas menguji sampel daripada 14 pengeluar,” kata Xinhua yang memetik kenyataan jurucakap kementerian, Deng Kaihua.

Deng berkata, kajian ke atas sampel susu keluaran Synutra, tidak menunjukkan ada hormon seks terlarang dan percaya pertumbuhan payu dara pada ketiga-tiga bayi itu tidak mempunyai kaitan dengan susu keluaran syarikat itu.

“Kementerian menguji 42 sampel susu Synutra termasuk yang diambil dari rumah keluarga berkenaan dan 31 sampel daripada pembekal tempatan dan luar negara,” katanya.

Pada 2008, China dikejutkan dengan insiden membabitkan 300,000 kanak-kanak yang jatuh sakit, manakala enam lagi meninggal dunia selepas diberi susu formula dicemari bahan kimia industri dikenali melamin. Bahan itu digunakan untuk mengelirukan ujian kandungan protin di dalam susu formula terbabit.

Skandal menyebabkan beberapa eksekutif syarikat pengeluar susu formula negara itu dihukum penjara dan menjejaskan industri pengeluaran susu di China.

Media tempatan berkata, bayi yang mengalami pertumbuhan payu dara didapati mempunyai paras hormon estradiol dan prolaktin yang tidak normal sehingga merangsang pengeluaran susu.

Berita Harian

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini