Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Monday, August 2, 2010

Tesco, peruncit Perancis minat bida aset Carrefour

2010/08/02

TESCO Plc, pengendali pasar raya besar yang berpangkalan di United Kingdom dan kumpulan peruncitan Perancis, Casino Guichard-Perrachon ey Cie SA, berminat untuk mengambil alih aset Carrefour SA di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Akhbar The Financial Times (FT) kelmarin melaporkan, hasrat untuk membeli aset Carrefour itu sudah dinyatakan oleh Tesco secara terbuka, manakala Guichard-Perrachon pula melantik bank bagi menasihatinya mengenai kemungkinan membida aset berkenaan.

Ketua Eksekutif Tesco, Terry Leahy, ketika ditanya sama ada ia berminat membida aset Carrefour di Malaysia, Thailand dan Singapura, berkata aset berkenaan adalah amat bersesuaian kepada Tesco.

“Ia adalah wajar, namun seperti biasa, ia bergantung kepada penetapan harga. Terdapat beberapa situasi yang mana kami sudah membeli pasar raya Homever di Korea daripada Carrefour pada 2008 pada harga £1 bilion (RM5 bilion),” katanya kepada FT.

Tesco, peruncit ketiga terbesar dunia dari segi jumlah jualan selepas Walmart dan Carrefour, adalah peneraju pasaran runcit di Malaysia dan Thailand dengan penguasaan pasaran masing-masing 10 peratus dan 13 peratus di negara berkenaan.

Sementara itu, Guichard-Perrachon, dilaporkan sudah melantik Deutsche Bank AG (DB) bagi menasihatinya mengenai potensi bidaan membeli aset Carrefour.
Guichard-Perrachon adalah peruncit kedua terbesar di Thailand selepas Tesco.

Sebelum ini, Carrefour dilaporkan berhasrat untuk menjual perniagaannya di Asia Tenggara bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada usaha memantap operasinya di beberapa negara yang ia sudah bertapak kukuh dan menjadi peneraju pasaran.

Syarikat itu belum pernah menyatakan nilai bagi aset yang hendak dijual itu tetapi penganalisis menganggarkan nilai mungkin mencecah AS$1 bilion (RM3.20 bilion).

Pemilik pasar raya itu juga dikatakan sudah mengadakan perbincangan dengan bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS bagi mengatur urusan penjualan itu.

Di Malaysia, Carrefour memiliki aset bernilai RM1.5 bilion, iaitu berdasarkan anggaran industri peruncitan.

Ketika ini, Carrefour beroperasi menerusi 23 cawangan dan empat lagi dijangka dibuka tahun ini.

Selain Tesco dan Guichard-Perrachon, turut dilaporkan berminat untuk membeli aset berkenaan termasuk Dairy Farm, syarikat tersenarai di Bursa Saham Singapura dan Aeon, kumpulan peruncitan Jepun.

Sementara itu, Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS), pengurus dana persendirian milik kerajaan Malaysia, turut menyatakan minat terhadap perniagaan Carrefour di Malaysia jika ada pihak lain yang bersedia bekerjasama dengannya dalam pembelian itu.

Berita Harian

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini