Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Wednesday, August 4, 2010

30 hari sudah siap

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

2010/07/29

Segelintir pihak industri mendakwa sukar memperoleh sijil halal keluaran Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) menyebabkan mereka beralih ke pihak swasta yang menawarkan kelulusan serupa namun dalam masa yang singkat dan mudah. Wan Mohamad berkata, beliau percaya dakwaan itu datang daripada pihak industri yang pernah memohon untuk pengesahan sijil halal, tetapi gagal berikutan tidak memenuhi kriteria ditetapkan khususnya dalam menyatakan bahan ramuan digunakan dan status halal bahan ramuan terbabit.


“Pihak industri yang gagal mendapat sijil halal kerana tidak memenuhi piawaian menganggap kita perlahan dalam tindakan, sebenarnya yang memperlahankan proses itu ialah pemohon sendiri.


“Tetapi kalau semua kelengkapan mencukupi, sesuai dengan Business Process Reengineering (BPR) kita laksanakan sekarang, maka mereka boleh dapat (sijil pengesahan halal) dalam tempoh 30 hari saja.


“Jadi yang kata lambat ini sebenarnya stigma lama. Kes-kes yang tak penuhi syarat itu yang jadi ambil masa lama. Ia bergantung kepada pihak pemohon, kalau dia dapat memenuhi syarat, kita akan proses dan dia takkan ambil tempoh lama,” katanya, semalam.


Mengenai pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang menambah hukuman kepada lima kali ganda lebih berat dan menetapkan hanya Jakim dan Jain agensi tunggal pengeluar sijil halal, beliau menyambut baik langkah itu sekali gus melakukan beberapa persediaan bagi memenuhi keperluan pindaan.


Katanya, bagi langkah pertama Jakim akan menambah 104 berbanding 152 kakitangan sedia ada merangkumi pelbagai bidang kepakaran termasuk kimia, farmasi, teknologi makanan, bio teknologi dan pakar rujuk syariah.


Selain itu, pihaknya sedang merangka keperluan logistik iaitu gudang barang rampasan dan tempat simpanan bahan bukti penguatkuasaan serta pendakwaan, di samping keperluan kenderaan untuk mengangkut bahan rampasan dari tempat kejadian ke gudang penyimpanan. “Jakim juga akan bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan beberapa agensi berkaitan untuk meningkatkan keupayaan sistem pensijilan halal yang dijalankan lebih-lebih lagi dengan penyeragaman mekanisme pensijilan yang dipersetujui bersama Jain.


“Kita juga akan mendapatkan kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk meneliti dan memperkukuhkan perundangan bersesuaian dengan pensijilan halal selain mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Kimia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Institusi Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, universiti dan semua pemain utama industri halal untuk pastikan pensijilan dikendali dengan cekap,” katanya.


Beliau memberitahu Jakim juga menyediakan kemudahan laluan pantas di semua kaunter permohonan untuk memberi keselesaan kepada pihak yang mahu memperbaharui sijil halal masing-masing selain kepada pihak hotel yang mahu status halal khasnya ketika Ramadan menjelang.


Harian Metro

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini