Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Thursday, August 12, 2010

Kimia buat colok

Oleh Amir Abd Hamid
2010/08/12

Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Fatimah Abu Bakar, berkata pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang itu supaya produk mereka kelihatan menarik, lebih basah dan tahan lama. Katanya, pengusaha tidak bermoral itu sanggup bertindak sebegitu hanya semata-mata supaya warnanya seakan jingga merah jambu menarik perhatian pembeli. “Malah, dalam tempoh jangka panjang pengambilan tanpa sedar Rhodamine B sebenarnya akan menjadi agen penyebab barah serta boleh menyerang hati orang yang memakannya. “Rhodamine B dihasilkan daripada ‘dietillamonophenol’ dan ‘phatalic anchidria’ yang digunakan sebagai pewarna kertas, tekstil dan colok bagi masyarakat Cina.


“Ia tak wajar sama sekali untuk dicampurkan dengan bahan makanan. Di fakulti kami, Rhodamine B hanya digunakan sebagai eksperimen dalam makmal,” katanya. Menurutnya, pengguna tidak akan tahu belacan yang mana mengandungi bahan kimia pewarna terlarang itu. “Mungkin warna belacan mengandungi Rhodamine B akan sentiasa kelihatan segar dan baru walaupun sudah lama diletakkan di kedai. “Rhodamine B boleh menyebabkan warna merah jambu kekal dan menarik. Apa yang penting penguatkuasaan,” katanya mengulas laporan Harian Metro.


Laporan semalam memetik Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B iaitu sejenis bahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan bahan pewarna itu dalam makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil. Sementara itu, laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerusi Presidennya, SM Mohamed Idris, dilapor berkata pihak CAP mengesan Rhodamine B dalam belacan pada 1973. Sejak itu ujian pada 1983, 1993, 1995, 1999, 2000, 2001, 2002, 2007 dan 2008 mendapati pewarna ini terkandung dalam belacan serta beberapa jenis makanan lain. “Penggunaan Rhodamine B juga tidak dibenarkan dalam makanan mengikut Ordinan Makanan dan Ubatan 1952. Ini bermakna pewarna itu sudah diharamkan sejak lebih 50 tahun lalu. “Dalam ujian terbaru CAP pada April lalu, mendapati Rhodamine B terkandung dalam dua sampel belacan dan beberapa snek yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur. “Ujian terbaru itu menunjukkan undang-undang tidak di kuat kuasa untuk menghalang pesalah menggunakan pewarna Rhodamine B dalam makanan,” katanya. Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan perlu bertindak apabila penggunaan Rhodamine B dalam makanan masih berleluasa walaupun pewarna itu diharamkan.

Harian Metro

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini