Pages

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Monday, August 16, 2010

2 kawasan ada bakteria leptospirosis

Dua lagi lokasi di Sibu disahkan sebagai tempat penyebaran bakteria leptospirosis selepas penduduk di kawasan berkenaan mengadu mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba selepas melawat tempat berkenaan.

Pejabat Kesihatan Sibu mengesahkan menemui bakteria berkenaan masing-masing di kolam berdekatan Kem Latihan Khidmat Negara Junaco Park dan juga di tasik berhampiran Taman Rekreasi, Jalan Permai.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, bagaimanapun meminta penduduk di kawasan berkenaan tidak panik selain mengikut semua arahan yang dikeluarkan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri menjelaskan, usaha mengawal dan memusnahkan bakteria di kawasan yang disyaki menjadi tempat penyebaran penyakit kencing tikus itu sedang dilakukan.

"Kita sentiasa memantau keadaan dan sekiranya ada sebarang jangkitan atau wabak, kita akan memaklumkan maklumat mengenainya kepada orang ramai dengan segera," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Sibu dalam kenyataannya kelmarin meminta orang ramai tidak mengunjungi kolam dan tasik berkenaan sehingga dimaklumkan bahawa mereka selamat untuk berbuat demikian.

Pegawai Kesihatan Sibu, Dr Muhamad Rais Abdullah ketika dihubungi memaklumkan, orang ramai dinasihati agar tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan berhampiran kolam di Kem Latihan Khidmat Negara Junaco Park serta tasik rekreasi di Jalan Permai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

"Pihak kami mengeluarkan surat amaran kepada pengendali Kem Khidmat Latihan Negara Junaco Park kira-kira seminggu lalu," katanya tanpa mengulas lanjut kandungan surat amaran itu.

Dr Muhamad berkata, pejabatnya akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya kedua-dua kawasan itu disahkan selamat untuk dikunjungi nanti tetapi tidak mengulas bagaimana bakteria itu berjaya dikesan di kawasan berkenaan.

Leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lepas apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Berita Harian

No comments:

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
Sila klik imej untuk ke link

Klik imej untuk ke link

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

Sila klik imej untuk ke link

DVD PROFIL HPA

HPA Terkini